Gunung Tahan, Hiking, Hobby

Gunung Tahan Trip 2018 – Day 2

Day 2 : 11 May 2018 – originally published in my facebook

Kem Kor ke Kem Botak

Pagi tu bangun awal juga sebelum pukul 6:15 am lagi. DH suruh bersiap cepat sebab target nak gerak pukul 7 am. Guide A. Olan kata tengok pace average diorang ni, kena berjalan 12 jam hari ni dari Kem Kor ke Kem Botak. Terus laju je urusan sungai, gosok gigi, amik wudhu solat, lipat sleeping bag. Terus pakai tudung untuk jalan & seluar hiking semalam punye. Bila keluar khemah tengok orang lain ada yang baru bangun, baru nak urusan sungai etc lemah semangat.

 

 

Aku pun makan slowly je lah enjoy the food, the view & the sound of the forest. Nasi lemak lauk rendang daging. Kat rumah pun tak masak hebat macam ni sekali ?. Habis makan tu tengok ada yang baru nak mandi, baru cari port membuang etc huhuhu. So aku pun kemas beg & susun barang bebetul. Lepas tu lepak lama tunggu diorang bersiap. Berkumpul untuk bergambar dulu baru gerak. By that time jam dah pukul 9:05 pagi ?

Seperti semalam, kami jalan kat depan. Mula-mula menyusur sungai dulu sebelum mendaki. Katanya nama bukit tu Bukit Good Morning. Memang mendaki je tapi ascent tak teruk sangat dalam 50%+. Yang lain tak jauh dibelakang. Zahrin & Ahsang quite laju so diorang sentiasa dekat je. Yang lain-lain lepas 20 minit dah tak dengar suara. A. Man pulak sekejap je dia jalan potong kami. Bila dengar bunyi radio, tau dia dah dekat so bagi dia jalan dulu. Dia kata dia dah habis slow dah ni ?

Pukul 10:10 kami sampai Permatang & rest 5 minit. Lepas Permatang, kami memang beri laluan pada Zahrin, Ahsang & Abg Man jalan dulu. Yang lain gerak lambat sikit belum habis rest. Mendaki teruk masa ni.. ascent dah 70-90%. Kadang-kadang boleh termenung dulu tak tahu nak pijak mana. Ini dinding ni macammana nak naik…. Dah la kaki pendek, susah nak capai semua steps yang possible. Merasalah berjalan/memanjat dengan dagu bertemu lutut. That’s how steep it was. Tercucuk akar kayu sana sini tu biasa, tergelincir pun biasa.. Habis lebam kaki. Sendiri cari pasal kan.

Pukul 1:05 pm kami sampai di Kem Kubang. Kami rehat & terus solat jamak Zohor & Asar kt situ. DH terus makan lunch. Aku tak makan sebab perut tak selesa. Ahsang & Zahrin turun ke waterpoint dalam 100m dari Kem. Kami kirim botol juga untuk isi air & bagi beg kecik bagi diorang senang bawa botol-botol tu semua. Lama juga diorang pergi, track agak susah kot. Pkl 2:10 kami mula bergerak dari Kem Kubang.  Kami sampai di Kem Berlumut pukul 3:40 pm. Rest 5 minit. Masa ni sempat jumpa Rizal, Ahsang & Zarin, yang lain belakang sikit.

Bila dah pasti semua orang ada kat belakang kami bergerak menuju Kem Bonsai. Kali ni walaupun ascent taklah teruk sangat, tapi rasa susah sebab panjang & banyak sangat turun naik sampai dah lost count. Trail pun teruk sebab berlumpur dan kena berhati-hati nak pijak. Mula-mula punya la jaga taknak kasut kotor, tapi lama-lama tak boleh dah sebab takde choice, kena juga pijak kat lumpur sebab takde laluan lain. No choice so kotor & basah juga lah akhirnya kasut tu.

Kami stop di V waterpoint pada pukul 5; sambil tunggu semua untuk regroup. V ni memang sangat V bentuk muka bumi, nampak seberang sana, tapi nak ke seberang kena turun jauh ke bawah & naik balik ketinggian yang sama. Kalau tengok bawah memang gayat lah. Ada siapa tah tanya kenapa panggil V, ada yang jawap nasib baik V bukan W. Bila explain baru dia faham based on bentuk lurah/valley tu V.

Kat sini mata air dekat je tapi kecik je airnya kena tunggu sikit la bila tadah air. A few solat kt sini. Aku masih tak lalu nak makan sebab perut tak selesa. Alas perut dengan coklat & kurma je. Badan dah penat, lama juga rest sebab tunggu semua orang so rasa better lah. Ramdzan last sampai sebab dia gayat nak turun V.

Kami bergerak dari V waterpoint pukul 5:30 pm. Kali ni Ahsang & Zahrin terus ke depan. Aku, DH, Rizal & Ramdzan tak jauh dari satu sama lain. Yang lain berkumpulan kat belakang. Kami gilir-gilir siapa yang depan atau belakang.

Tapak kaki apa niii?

Bila dah dekat pukul 7 belum sampai-sampai lagi Kem Bonsai, aku dah mula down dah. Jalan pun dah slow, quite technical juga kat sini. Badan pun dah penat dengan beg besar kat belakang. Rizal pun bunyi macam stress kat depan tak sampai-sampai lagi Kem Bonsai ni. DH dengan baik hatinya tolong bawa beg. Depan belakang 2 beg sekali dia usung. Dah la memang % ascent & descent teruk juga kt sini. Dia jalan laju sikit sebab berat, nak cepat sampai. Masa tu jalan dah kurang sikit teknikal so boleh aje lah aku jalan sorang. Kalau teknikal banyak perlu bantuan tolak atau tarik.

Aku sampai Kem Bonsai pukul 7:30 pm. DH & Ramdzan sampai dulu. Aku sampai terus buka nasi nak makan. Suppose bekalan lunch jadi dinner. Baru je bawa keluar nasi bungkus, nampak mata-mata bersinar dalam semak tu keluar. Tengok-tengok, tikus mondok rupanya.. besar pulak tu. Jenuh DH halau. Masa tengah halau tu Rizal sampai so terus dia tanya ada apa menda. DH jawap ada ayam hutan ( Dan-dan Rizal terus “kurrr.. kurrr..” panggil ayam tu ? Ramdzan senyum jek sambil cakap nanti dia cerita balik kat Rizal.

Sunset view from Kem Bonsai

Lepas makan rehat kejap tunggu semua orang sampai. Bagi diorang pun rehat sama dulu, pukul 8+ kami bertolak menuju Kem Botak. Kami berdua je kat depan dulu, tapi baru je jalan 30m dah stop sebab ada ular kat track. Ular tu dok bertenggek kat pokok betul-betul tepi trail. Bila ramai-ramai dah sampai, diorang tolong halau. Katanya ular daun je & tak bisa.DH kata track sepatutnya dah mula track kering & tak lama akan jumpa track berpasir/berbatu kecil.  DH decided nak shoot dulu sebab beras semua ada dengan dia. At least boleh masak nasi dulu kat Kem Botak.

So aku pun jalan beramai-ramai dengan diorang. Lama-lama lepas 15 minit macam tu jadi aku dengan Rizal kat depan. Rizal dah tak sabar nak jumpa track berpasir. Setakat ni laluan masih berselut walaupun tak seteruk dari Kem Berlumut ke Kem Bonsai. Orang-orang di belakang dok suggest nak take five. Rizal terus berjalan & inform yang takde tempat sesuai. Tunggu jumpa jalan berpasir dulu. Dah lebih setengah jam jalan, belum pun jumpa jalan berpasir/berbatu. Orang-orang dibelakang dah bising. Last-last Rizal cari juga tempat sesuai nak berhenti. Take five jadi more than five juga huhuhu.. Aku ni kurang gemar berhenti lama sebab bila nak jalan balik jadi malas. Aku prefer kalau penat, still jalan slowly. Kami jalan balik dengan semangat nak cari jalan berpasir/berbatu kecil. Dalam 20 minit lepas tu jumpa juga akhirnya. Lega sebab dah tak perlu risau kasut masuk selut. Lepas tu bila ada kawasan luas sikit stop lagi. Rizal tak bagi stop lama. Rizal kata lagi best stop bila dah jumpa kawasan pokok renek.

Masa ni walaupun pokok bukan lagi yang besar dah tinggi macam hutan belantara di Kem Kubang, tapi masih tinggi mungkin setinggi 2,3 orang dewasa. Kata Rizal, nanti pokok sama tinggi dengan kita je. Best sebab nanti boleh nampak jauh. Dengan penuh semangat aku tak berhenti jalan, kalau penat, jalan slowly. Rizal jalan depan, aku ikut belakang sikit, tapi dia tak jauh. Dalam 20 minit lepas tu sampai ke kawasan pokok dah renek. Oh memang cantik. Bila jumpa tempat sesuai, kami berhenti lama sikit. Bagi peluang orang belakang catch-up. Rizal suruh tutup headlamp & tengok ke langit. Subhanallah… lawa sungguh nampak banyaaaaaakkkkk bintang di langit. Tak puas tengok. Tapi tak boleh berhenti lama sangat, sejuk! Kat atas ni dah mula sejuk, lebih sejuk dari Cameron Highlands waktu malam.

Tengok belakang cari lampu orang-orang dibelakang. Nampak sebaris lampu cantik je kat belakang tu, tapi bila kira.. aikk… lebih dari lima.. rupanya bintang elok tersusun. Diorang kt belakang dah lagi dekat, mungkin dalam 5 minit dibelakang je. Kat atas ni trail luas je so senang berjalan cuma kena berhati-hati pijak batu-batu kecil takut tergelincir. Elevation gain pun tak teruk sangat cuma sebab kaki dah penat berjalan since 9 pagi, progress slow je. Bila orang belakang dah dekat, diorang suruh kami gerak dulu sebab diorang nak stop rehat lagi. So kami pun terus lah berjalan.

Dalam pukul 10:20++ macam tu, nampak lampu dari atas bergerak turun. DH tengah berjalan turun, kami jalan slowly sambal tunggu orang bawah. Diorang bila sampai dekat kami, terus stop. DH sampai dari atas pun lebih kurang sama time. DH nak ambik lauk-lauk dari beg diorg untuk bawa naik. Ada yang tanya DH, jauh lagi tak, masa tu dah pukul 10:30+. DH kata dengan kelajuan diorang tu ambil masa 45 minit+. Aku decide nak ikut DH naik sekali. Lagipun diorang tu nak rehat lagi. DH bawa my backpack & food supplies taken from the guys, and still he was very much faster than me ?

Kami berdua sampai di Kem Botak pada 11 malam. Sampai terus buka kasut & stokin.. huhu teruk kecut kaki sebab basah kaki/kasut banyak kali masuk selut. Basuh tangan dulu sikit lepas tu terus tuju khemah guides nak cari air panas. Kebetulan memang dah ada air teh o panas, terus makan biskut gula cicah teh o. Fuhh.. layan la.. teh o pun rasa nikmat sangat minum kat atas ni.

Bila dah selesa sikit rasa badan, ajak DH tunjuk mana water point. Kat atas ni WP hanyalah kolam kat batu, ada dua kawah kolam yang boleh la lebih 2 kolah. Yang bahagian atas guna untuk minum & masak. Yang kolam bawah untuk kegunaan lain. Air warna kecoklatan sikit sebab turn warna daun kering yang jatuh dalam tu. Bila jadi air the, tak nampak dah pun warna lain air tu ( Rasa air sejukkkkkkkk sangattttttt tak sanggup nak mandi oiiii.. Dah la mandi kena fully clothed, satgi belum sempat sampai khemah nak tukar baju dah kena hypothermia. So aku just amik bekalan air & basahkan towel untuk lap badan je lah.

Dah siap tukar baju semua dinner pun dah siap. Masa tu dah lebih pukul 12 tengah malam. Tak plan nak makan sebab baru makan pukul 7 lebih tadi. Tapi pergi jugalah makan, penat guides tu masak. Bila makan nasi & lauk panas-panas tu, sedapla pulak, siap bertambah makan hahah. Nasi lauk ayam macam masak merah, tapi ada daun kari & rasa pun lain sikit.

Lepas makan terus masuk rest dalam khemah. Cuaca kat atas sangat sejuk malam. Teringin nak tengok sunrise esok paginya, tapi diorg semua sepakat nak naik lepas subuh sebab ramai yang penat sangat. Diorg yang lain sampai Kem Botak pukul 11:30 malam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *