Trip Gunung Ledang 2019 (originally posted in my facebook )
Day 1 – 16th Feb 2019
Sebenarnya dah lama tak naik gunung. Last hiking masa trip 4 hari 3 malam May 2018. Selepas tu, masuk hutan pun masa event TMMT 2018 je. Kalau hiking pun, adalah sekali dua naik Bukit Wawasan Puchong je. Tak puas bau hutan. Tak puas menikmati alam semulajadi. Jadi bila KRT AP Fasa 3 meeting untuk membincangkan aktiviti tahun 2019, geng GAP terus masukkan Trip ke Gunung Ledang dalam jadual aktiviti tahun 2019.
Urusan booking Ahsang yang settlekan. Proposed date, mid Feb sebab awal Feb sekolah cuti seminggu, so most probabaly takkan clash dengan jadual outing atau balik bermalam anak-anak asrama. Target kali ni, nak lagi ramai ladies dari GAP join. Mula-mula macam ramai ladies berminat, tapi last sekali Zaida je yang join. Guys yang dari trip Gunung Tahan mulanya semua bagi nama, tapi Rizal tarik diri.
Final call, ahli rombongan 16 orang. Kami berdua, Ramzan dengan Zaida & anak, dan semua geng Tahan kecuali Rizal dengan tambahan Shah, jiran selang 1 rumah kami & Izan jiran jauh selang 2 taman perumahan. Suha pun bawa anak 2 orang. Kebetulan Isnin sebelum hike aku demam batuk selsema the whole package. So memang takde training sangat. Masa cuti CNY tu parents datang so tak sempat buat apa-apa juga. Ada la sekali naik Bukit Wawasan dengan boys. Lega juga ambil package camping bermalam, takde la kena pulun sangat. Lepas tu dua hari sebelum kejadian, Arwah Chu meninggal. Sempat balik Taiping sekejap, balik hari je sebab boys tinggal. Hari sebelum kejadian, Kakak pula balik rumah sebab MC sakit mata. Malam sebelum nak pergi, baru lah sibuk nak packing. Baru je sihat sikit, balik Taiping balik hari. Lepas tu dah nak packing untuk hiking camping pulak.
Pagi hari kejadian, Sabtu 15hb Feb tu, bangun awal sebab dah janji nak bertolak pukul 6:30 pagi. Aku bangun lagi awal sebab nak masak nasi lemak untuk anak2 kat rumah. Pukul 6:15 am Izan dah sampai. Dia akan pergi dengan kami. Lepas salam peluk cium dengan kids kami bertolak on time. Kami konvoi dengan Suha patutnya. Tapi DH singgah isi minyak kereta & Izan beli air kat Shell. Aku dok belakang tidur je. Sedar sedar dah dekat masuk Johor dah hehe. Lepas toll kami masuk tepi, rupanya Suhar belum sampai. 10-15 minit juga tunggu diorang, entah berapa kmj la DH pecut tadi. Suhar sampai, dia yang tunjuk mana nak makan. First time aku sampai Tangkak.
Kami breakfast kat gerai nasi lemak sebelah pejabat pos. Lama juga kami lepak kast situ, sambil tunggu Ramzan & family. Ramzan & family sampai, dorang pun makan kat situ juga. Dalam pukul 9 baru bergerak ke kaki gunung Ledang di Sagil. Kami follow kereta Suhar je. Sampai Pejabat Hutan, nampak geng kereta lelaki dah sampai. Masing-masing baru nak final round pack. Kami dah keluarkan semua barang sebab ada borang declaration tu. Ingatkan sama procedure macam untuk naik Gunung Tahan. Rupanya isi sendiri je form tu, in good faith. Maknanya sapa tak jujur boleh je under declare hmmm… So kami re-pack balik & hantar je form yang dah isi ke pejabat. Team guide ada bagi juga lunch pack nasi instant. Isi juga dalam beg bekalan lunch Nasi Ambeng yang kami tempah dengan Ahsang. Dapat juga packed food yang boleh self heat tu & air mineral dari organizer. Sumbat je la dalam beg. Tengahari esok kalau tak sempat masak lunch, boleh la makan yang ni je.
Dalam pukul 10:15 am, kami diberi briefing oleh guide. Kami seramai 16 orang, akan bersama dengan 3 orang guide untuk naik Gunung Ledang. Since kami ambil package sunrise. Kami akan bermalam di CP4 Kolam Gajah. Kami ada tanya, kenapa tak bermalam di CP5 Sungai Segitiga sebab dah lagi atas. CP4 tu belum pun separuh jalan ke puncak. Tapi menurut guide, Sg Sgitiga tak sesuai untuk camping. Jadi kami pun terpaksa setuju aje lah, walaupun trekking hari pertama sekejap sahaja. Pukul 1 dijangka tiba di camp & rehat kat situ. Esok pagi pukul 2 am akan gerak ke puncak mengejar sunrise. Lepas tu balik camp, lunch & terus gerak turun. Lepas habis briefing, kami terus buat stretching sikit & group photo sebelum bergerak mendaki Gunung Ledang.
Pada pukul 10:40 pagi kami mula bergerak mendaki gunung. Starting point belakang Pejabat Hutan tu je. Takde belas kasihan trail ni, start terus mendaki.. kena panjat lebih 700 anak tangga. Fuhh awal-awal dah mental trail ni. Stop beberapa kali kat tangga tu. Awal-awal dah termengah habis. Sebenarnya taklah lama sangat memanjat tangga tu, tapi non stop tu yang mental sikit. Pukul 11:07 am dah sampai CP1, atas sikit dari last anak tangga.
Dari CP1, 15 minit hike dah sampai CP 2. Rest lagi sementara regroup dengan semua. Tak semua sama pace, aku sedang-sedang je kat tengah-tengah, bukan paling laju & bukan juga paling slow. Rest lagi 15 minit. Mewah betul hiking trip ni, jalan sikit je dah rest. Kalau trip Tahan.. hmm.. jauh beza! Pukul 12:05 dah sampai simpang Laluan Kijang. Kat sini berpecah jalan untuk siapa yang buat daypack akan ke CP3 Sungai Segitiga; manakala kami trip camping ke CP4 Kolam Gajah.
Lepas simpang tersebut, kami terus bergerak menuju Kolam Gajah lepas rehat 10 minit. Stop rehat sekali sebelum terus ke Kolam Gajah. DH shoot ke depan dulu sebab katanya nak tolong set camp. Lagipun nanti dia boleh patah balik tolong ambik beg. Masa tu, aku orang ke 4 kot sampai Kolam Gajah pukul 1:05pm, jalan sorang-sorang je masa tu. Sampai kat kawasan lapang dekat Kolam Gajah tu, takde orang. Rehat jap ada guide sampai, rupanya kena lintas sungai. Tunggu ramai sikit, dalam pukul 1:15 pm kami lintas sungai. Masa tu DH pun ada tolong bawakan beg. Tak sampai 5 minit dah sampai camp site.
First time tengok campsite ni, terpegun sekejap – kat tepi sungai yang cantik & jernih airnya. Kawasan memang luas & lapang. Sungai dekat, 20 langkah dah sampai nak ambik air, ada tangki air, ada wakaf kecik tempat simpan barang. Yang paling canggih, ada bangunan toilet! Memang mewah sangat la trip camping kali ni, kalau nak compare dengan trip G. Tahan, ni macam hotel 5* dah. Aku letak beg rehat sikit sambal tengok DH pasang khemah. Tolong sikit-sikit pegang hujung je masa dia nak tarik hujung belah lain. Kami set tent kat hujung sekali, so bila buka pintu khemah, dah takde nampak khemah lain. Orang lain semua belah sini lagi. Juga paling dekat dengan sungai & ada paip air kat atas tu. DH terus keluarkan stove & periuk untuk masak air. Bila air dah mendidih bancuh air the O panas, baru sambung un-pack barang common & food.
Bila buka bekalan nasi ambeng untuk lunch, dah nampak macam banyak sangat nasi ni. So kami bagi 1 pack dekat guides & kami share 1 pack. Makan dua orang 1 pack pun tak habis! Punya la banyak nasi. Ayam pun besar part dia bagi, macam 1 quarter ayam. Pulun tolak sana sini pun ada juga nasi tak habis. Lepas tu pergi sungai untuk basuh tangan. Saja nak main air sekali. Tengok kat situ banyak betul anak ikan. Bila basuh tangan bau nasi kat tangan pun ikan-ikan tu datang kerumun. So kami naik atas balik ambik nasi yang tak habis. Turun sungai balik, tabur sikit-sikit nasi tak habis tu. Wahhh.. semakin berkerumun ikan tu kat kaki. Bila nasi habis, di gigit-gigit kaki aku pulak. Geli weh, menjerit aku dibuatnya. Lepas 2, 3 kali tabur nasi, dah last minute nampak labi-labi lajuuuu sangat swim ke arah aku. Mencicit lari naik tebing. Lepas tu tabur nasi dari atas tebing jek. Geli kena gigit dengan ikan kecik.
Lepas main air, naik atas unpack bag. Lepas tu masuk khemah, cuba untuk tidur sekejap. Tapi takleh lena sangat. Guides tengah nak hidupkan generator untuk pump air ke tangki. Bising juga masa tu. Dapat la lelap dalam setengah jam lebih gitu. Lepas tu bangun baca buku cerita sikit. Hiking pun bawa buku hehe. Then tengok diorang prepare dinner. Tak tolong apa pun, tolong tengok je 🤭 Tengok Nik masak telur. Telur ni dia dah pecahkan masuk dalam bekas & frozenkan. Masa bawa balut dengan newspaper. Buka bekas tu, tengok ada lagi yang beku kat tengah-tengah tu. Diorang masak juga lauk sardine.
Sementara dioarng masak, aku pergi mandi kat toilet dulu. Kalau lambat sangat kang dah gelap pula. Lepas dah fresh tu, aku berjalan ke arah tempat seberang sungai balik sebab nak cari signal phone. Ada batu besar boleh lepak sebelum lintas sungai tu. Nak contact kekanak kat rumah. Diorang tengah tunggu makcik datang. Cukup la food yang di masak pagi tu untuk breakfast & lunch. Lepas tu nampak ada group baru sampai. Rupanya diorg dari Uitm ada program . Baru 5/6 orang yang datang untuk recce & selebihnya akan naik esok. Jangka sampai tengahari. Elok la esok kami akan clearkan tempat. Kang leceh pula diorang dekat seratus orang!!
Balik ke campsite, tengok diorang dah start makan dinner. Join makan sekali, ada lauk special masak lomak daging salai. Bertambah la nasi kekeke.. Kemas-kemas sikit. Senang je ada paip je kat atas tu. Plan nak masak apa untuk bekal esok since nak gerak pkl 2 pagi. Terdengar plan guides nak masak megi je buang air baru campur rencah. Bagus juga idea tu. Tent diorang kat bawah bangsal tu je, dekat dengan tempat kami masak. So sambil kemas tu dengar la diorang sembang. Aku readykan juga barang untuk esok. Bawa beg quecha kecik tu je isi air & food. Buh bekalan coklat sekali. DH la tukang bawa, aku pegang pole je lah nanti.
Geng lelaki dok buat camp fire kat tengah-tengah tu. Sementara tunggu maghrib nak solat jamak terus. Masa tu baru tahu masa kat sungai, ada yang dapat tangkap ikan bare hands je dapat bet RM50. Semua seronok main sungai, main dengan ikan. Air sungai cetek je sebab kemarau. Tapi sejukkk & best. Lepas tu diorang sambung sembang lama juga. Aku masuk tent awal juga, tapi sebab tak biasa tidur awal sangat, dapat tidur-tidur ayam je. Lagipun batuk belum baik lagi, jadi tidur kepala rendah, rasa kahak tu nak masuk mulut je. Bila kepala tinggi, tak selesa pula. Terjaga sebab batuk pun ye juga. Tak berani makan ubat batuk, kang tak terjaga nak start hike pukul 2 pagi tu.
Habis cerita Day 1
Bonus gambar saja-saja
Emma
September 7, 2024 at 9:58 amDah baca.
nani
September 26, 2024 at 7:06 pmhehe.. khatam dah kerr? 🙂