Hobby, Memory

Perlis Trip 2024 – Day 1

Day 1 – Bicara Akademik & Travelling Day

Kami saja-saja browse list event, nak kena pilih betul-betul event nak register. Sebabnya kami dah memilih sikit event & kalau boleh nak lah try yang lain pula bukan yang sama je. Masa April jumpa event kt Perlis bulan August, harga agak murah sebab masih early bird. So kami setuju nak join event ni & terus register masa April tu. Ikutkan kat sekolah pun takde apa-apa aktiviti weekend pertama Ogos tu.

Bila dah register, cari accomodation pula. Masa tu fikir, bukan masa balik bermalam, kami berdua je setakat nak tidur je ambil bilik murah-murah sudahlah. Boleh bertolak pagi Jumaat sebab event hari Sabtu. Dalam bulan June baru book bilik. Sebabnya rasa macam memang confirm pergi. Nak book awal-awal takut tak jadi. Masa tu dalam kepala, pergi berdua je sebab si kecik A3 pun dah masuk asrama.

Bila A1 share jadual exam awal July tu, baru lah perasan, eh pergi bertiga la sebab A1 dah cuti masa tu 😆. Hujung July dah habis examnya. Mid-July bertambah lagi drama, sebab kurang dua minggu dari awal August baru sekolah inform pagi Jumaat tu ada Bicara akademik untuk boys. Waduh kena plan betul-betul la travel Kali ni. Plan asal nak gerak pagi lepas tu boleh enjoy slow-slow on the road dah tak valid nampaknya.. sedih dah jadi urgent trip pulak bukan santai.

Majlis anugerah kecemerlangan pula sekolah buat sebelum bicara akademik tu. Masa ni takde la ambik tau sangat sebab tak expect pun A2 dapat hadiah. Tapi 3 hari sebelum majlis, dapat list penerima – 2 hadiah pula budak tu dapat. Wah rasa excited pula. Unfortunately esoknya budak tu update, dia & team hoki takde kt sekolah masa hari anugerah. Pergi Ipoh Khamis-Sabtu. Adoi la anak Mak, julung-julung kali dapat naik pentas, dia pulak tak ada.

 

Pagi tu majlis anugerah dulu, amik gambar nama dia kat skrin aje lah. Dua kali pulak tu, kecewa Mak tak dapat tengok dia naik pentas. Dalam 9:30 am dah Mula Bicara Akademik. Mak ni terus la pergi cari Cikgu BM A3 sebab BM dia nyawa-nyawa ikan je. Dengan harapan dia datang cari Mak. Murid yang tak terima hadiah tunggu kat court basketball masa majlis anugerah. Takde pulak dia datang, cikgu pula nak murid ada sekali. Jenuh la pulak pergi cari dia. Pergi court pun tak ada haihhh la. Jumpa je cikgu French dulu. Takde queue masa ni. Lepas tu baru cari dia balik.

Dekat sepuluh minit (which felt like a lifetime) mencari baru jumpa. Dia pergi kelas rupanya. Manalah parents boleh masuk blok akademik. Queue pun dah panjang belaka. Pergi jumpa cikgu BM dulu juga. Lepas tu cikgu sains. Discuss sekali pasal A2 sebab dia ajar physics F4 juga. Lepas tu cikgu Maths. Ramai juga cikgu tak ada. Jumpa cikgu Bio A2, lama bersembang. Baik sangat cikgu ni, A2 pun kata cikgu best. Tapi tetaplah dia tak minat Bio. Cikgu kata “Eh, tak sepatutnya Asyraff dapat markah macam ni, dia budak pandai”. Dia check pula results kawan-kawan, ok je. Cikgu bagi suggestions macammana nak improve. Below 50 ya markah Bio budak ni 🫠

Last sekali plan nak jumpa cikgu Add Maths sebab ni favorite subject A2. Tapi panjaaaanggggg je lagi queue. Rupanya cikgu Rohani ajar Maths lower form juga. Kenapa lah buat sekali bicara akademik F1 sampai f4 terus. Memang panjang belaka lah queue nak jumpa cikgu. So jumpa cikgu ketua jabatan maths je lah dah takde queue. Bagi suggestions pasal maths Olympiad, boleh cari potential Olympians kt SAS. IMO committee pun memang ada buat road tours untuk awareness.

Lepas tu bergegas balik. Kesian A3 tak dapat outing macam kawan-kawan lain. Dapat special outing untuk budak yang parents hadir bicara akademik. Masalahnya, race kit collection kat Perlis sampai 8:30pm jek, pagi Sabtu dah event. Tak boleh la lambat sangat. Dalam 12:15 dah gerak dari sekolah. Dalam rushing tu boleh pula terjumpa ex colleague dari zaman 2003-2005. Nasib dia masih cam aku lagi hahah. Sembang kejap je sebab rushingggg. Balik rumah singgah ambik A1 je. Dah pesan dia alas perut dulu sebab lambat lagi nak stop lunch ni. Zass gerak, dekat pukul 3 stop late lunch dekat R&R Sg Perak. Lepas tu stop toilet dekat R&R Juru.

Dekat 8 pm jugak lah baru sampai race village. Dah settle semua barulah kami pergi late dinner. Best juga kedai ni, servis laju & harga pun berpatutan. Adik Abang Kitchen, Kangar. Dah lega & kenyang tu, terus je lah ke homestay yang dah booking sejak 3 bulan lepas. Dah la masa booking tu boleh pula lupa yang trip ni nanti A1 tengah cuti. Dok lah plan dalam kepala seolah-olah pergi berdua je. Sorry kakak 😊

Bila contact PIC homestay, dapat bilik yang bukan macam dalam booking. Bilik yang di book dah ada family lain. Pelik pula, rupanya kat apps owner, memang detail bilik lain kat my booking. Adoi satu hal pula. Terima je lah, badan pun dah penat seharian ke sana sini tak sempat rest. Ok je bilik cuma tilam atas lantai, takde katil & bilik air kat luar. Homestay ni rumah teres single storey biasa. Cuma dia sewakan juga bilik by bilik. Murah la sikit & selesa sebab area perumahan bukan rumah kedai. Parking pun depan rumah je.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *