Hobby, Memory, Perlis

Perlis Trip 2024 – Day 2

Day 2 – Wang Gunung Trail Run Event Day

Pagi Sabtu memang awal sungguh bangun mandi bersiap. Masuk je waktu Subuh terus solat. Nak bertolak cepat sebab nak ke tempat event min 15 minit juga. Flag-off pukul 7 am. Kami sampai okaylah ngam-ngam dapat parking tak jauh sangat. Masa menunggu tengok geng 60km (4 loops) ada yang tengah sampai ke starting. Gila belaka diorang ni… aku yang buat 15km ni pun rasanya penat sangat dah kot. Tengok starting arch alahai kecik la pulak.. bersempit la semua orang kt situ. Aku yang memang tahu tak laju, start belakang sikit. Kasi can yang kejar podium pergi dulu. Aku ni asal bukan last pun dah okayyyy sangaatttt.

Awal-awal lagi terus berduyun-duyun runners lain potong aku. Lepas menjauhi event area, kami lalu kebun manga harumanis. Unfortunately now dah habis musim. Since masa ni masih awal, jalan kelam-kelam sikit lagi. Lepas habis area kebun, lalu area semak-semak sikit. Tak sampai 1 km rasanya dah mula mendaki sikit. Mula-mula tu okay je boleh slow jog. Bila sampai kaki bukit, area kebun buah dah mula jalan bersimen yang curam oh tak mampu dah nak jog pun. Jalan je lah kat sini. Jalan kaki pun semput yaaaa.. Nampak sangat dah kurang fit.

Kebun ni ada macam-macam pokok. Pokok durian pun banyak, ada bau durian jugak. Ada la nampak juga buah yang belum kena kutip. Rasanya dekat separuh jalan mendaki, semakin slow berjalan. Padahal jalan je puunn.. ada sekali aku rest jap kat tepi, bagi laluan kat orang nak potong dengan senang. Masa ni lah nampak familiar face. Terus aku tegur, Dr Sakinah? Heee.. betul rupanya..  sempat la bagitau aku junior kt sekolah dulu.. lepas berbasa-basi sikit, aku teruskan perjalanan.

Tak lama lepas tu, jumpa CP1. Kat sini aku minum air & makan tembikai sikit. Tak isi air pun sebab bekalan masih banyak. Stop pun tak lama sangat kat sini sebab rasa macam dah sikit betul orang, kami ni dah belakang belakang sangat ni. Dari CP1 ke CP2 banyak lalu lereng-lereng bukit. Nampaklah view yang cantik dekat area bukit bukau Perlis ni. Kebetulan cuaca pun cerah je, memang lawa pemandangan. Mostly banyak sorang-sorang je kat sini. Ada satu kawasan view cantik, nampak sorang bro ni, so minta dia ambikkan gambar. Dia kata, kat platfrom tu lah lawa kak. Tu dia penat sungguh, tepi tu ada platform nampak view cunz pun boleh tak perasan. So dapatlah bergambar di platform yang lawa. Lepas event, tunjuk pic ni kt DH, dia pun memang tak perasan weh platform ni.

Semakin mendekati CP2, lalu area kebun balik. Best event ni setakat ni, sebab track teduh je walaupun cuaca panas juga. Kat sini nampak pokok cempedak & rambutan je banyak. Seronok tengok memang tengah musim. Sedap je pulak tu bau cempedak, mula perut rasa lapar. Happy sungguh bila sampai CP2 sebab food lagi banyak kt sini. Minum air sejuk dulu. Kat sini ada kopi (best best) & cempedak goreng (MARVELOUS) of which memang both favourites laaa.

Tuang kopi sikit, sejukkan sambil makan cempedak. Lepas tu siap duduk kt bangku tempat crew duduk. Dah dorang yang semawa, apa lagiiii.. pucuk di cita ulam mendatang. Sorang tu dok jauh sikit pun sebab dok smoking kan. Sambil sembang sambal makan. Time running macam ni aku boleh pula jadi ‘orang lain’, biasanya introvert boleh jadi a bit extrovert. Lagipun dengan orang yang almost confirm takkan jumpa lagi & takde kaitan dengan hidup sendiri jadi lebih senang. Rasanya lepas tiga cawan kopi & berbelas ulas cempedak goreng baru aku bangun. Siap tolong sambut runner lain yang baru sampai pelawa makan & minum. Nampak sangat duduk lama kt situ. Sebelum blah dari CP2, refill air juga dulu & pegang cempedak buat bekal juga.

Lepas CP2 jalan mendaki & masih lagi kebun. Kat puncak bukit ni ada kawasan lapang & ada banner. Kebetulan ada geng lain sampai sama, ap alagi suruh tolong ambikkan gambar. Kami saling tolong menolong ambikkan gambar. Lepas puncak ni, laluan hutan dah bukan kebun. Bagi diorang jalan dulu sebab nampak laluan agak teknikal kang aku melambatkan orang pula. Laluan turun bukit kat sini paling mencabar & sempit untuk event ni. Memang kalau geng laju depan tadi agaknya susah nak memotong.

Tapi masa ni paling enjoy sebab menurun tak penat sangat. Cuma masih tak laju sebab kena hati-hati tengok tempat pijak. Ada tempat kena guna tali juga. Best kawasan ni sebab hutan masih terpelihara. Cuma sekejap je lepas tak sampai 1km dah sampai kebun orang dah. Ada juga family yang camping kt kebun tu. Syok je camping sambil enjoy hasil kebun makan rambutan duku langsat etc. Sampai kt aku pun diorang offer buah rambutan jugak. Fuhh sedap buah fresh ni.. makan sebiji je lain simpan bekal.

Jalan kebun ni macam 4WD boleh je lalu, jadi taklah susah & masih teduh. Tapi tak lama lepas tu dah jumpa jalan besar, dah panas. Time ni nampak la juga orang depan, kejap dekat kejap jauh. Masing-masing pun dah penat, kejap-kejap dok jalan je dah. Masa ni juga ada runner yang buat 30/60 km potong. Kami 1 loop pun dah penat, tengok diorang steady je buat 2 atau 4 loops fuuuhh.. Jauh juga berpanasan. Bila sampai kelab golf, kami masuk lorong kiri.. jalan kampung balik.

Betul-betul dekat simpang lorong masuk ni, ada CP3. Fuhh nyaman sungguh dapat coke sejuukkk.. Siap request nak yang baru dari tong, sebab yang atas meja dah kurang sejuk. Kosongkan botol yang ada air dah nak suam pun, isi air sejuk buat bekal. Sempat juga minum-minum dulu air isotonic kt sini.  Masa ni ada sorang bro depan aku sikit. Laluan kampung best, lalu kebun-kebun orang je kat sini. Tak lama lepas tu sampai balik dekat simpang ke laluan awal masa starting. Seronok juga lepas ni lalu kebun mangga harumanis. Rugi pula masa ni bukan musim harumanis. Bila dah lepas kebun, laluan dah panas. Masuk pula jalan utama sebelum pusing masuk finising line.

Alhamdulillah lepas dekat 3 jam setengah terseksa, sampai juga ke finishing line. DH dah lama sampai, siap dah balik mandi & bawa A1 ke event area! Bila sampai DH kata pergi check timing dulu baru boleh amik medal & finisher T, rupanya tak payah punnn. Buat malu jek laa.. rupanya dia ada position memang la kena verify. Dia ingat semua sama kot. Placing lanyard dia simpan dalam kocek, saja je. Lepas ambil baju finisher & medal, terus pergi cari minum. Nak makan memang lah tak lalu. Tengok ada air tebu sejukkkk… sedaappp weeyyy.. entah berapa puluh kali aku ulang.

Tak lama lepas tu, kakak senior ku Dr Sakinah sampai. Sempat la sembang & bergambar juga. Lepas tu dia minta diri takde nak tunggu apa dah. Lucky draw pun lambat sangat lagi lepas prize giving. Ikut schedule prize giving pukul 12pm. Aduh jenuh la aku menunggu orang dapat no 7 ni ambik hadiah. Patutnya dia tunggu je aku sampai dulu baru balik bilik mandi.

Dah pukul 12, organizer pulak pening, sebab yang dapat placing belum semua pergi kat secretariat untuk verify results. Kena bawa IC untuk verification. Aduh lagi lama la nak start ni. Patutnya organizer verify la awal-awal pemenang tu semua.. badan rasa berlengas dah ni. Sambil menunggu tu, A1 dapat results baki 1 paper yang belum tahu. Dapat A- kali ni sedangkan paper lain semua A+ atau A je.. try tanya lecturer dia kot la boleh re-check paper; lecturer dia kata dah re-check & memang itu final marks. Takpelah belum rezeki dapat 4flat. Anyway, still results terbaik sejak masuk UTHM, 3.9++ semester ni.

Akhirnya dekat pukul 1 baru prize givingnya. Meriah la juga event ni. Lepas prize giving, tunggu lucky draw pulak, memang sah tak lucky. Budak yang dapat running watch tu happy sungguh. Dia dok kata kat kawan-kawan, lagi untung dapat lucky draw dari dapat hadiah no 1. Memang betul pun. Lepas tu kami pergi beli lunch kat fiesta kat tapak event ni je juga. Tapau makan kt homestay je.

Balik homestay tengok caretaker dok buat kerja, rupanya kt master bedroom tu sinki bocor. Orang yang duduk situ dah keluar. Bilik lagi satu pulak budak-budak muda kayuh basikal duduk, masa ni diorang belum balik kayuh. Lepas mandi makan rest, caretaker tu message suruh masuk master bedroom. Lega rasanya sebab bilik air private. Senang lah kami. Lagipun ni bilik asal yang aku book tapi system glitch kt owner nampak lain.

Malam tu dinner kat kedai grill & steamboat, sempena results cemerlang Sem 2 tahun 2 A1. Meriah juga banyak choices daging & ayam perapan. Ada udang ketam juga. Cuma segala jenis ball & side dishes je tak berapa banyak choice. Drinks bermacam jenis sampai taktahu nak pilih. Masa makan tu hujan lebat sangat. Risau pula sebab banyak juga bumbung tiris sana sini. Nak pergi ambil food kena elak air hujan yang tiris. Last bila DH & A1 tanak makan dah, barulah aku ambik udang nak makan puas-puas. Diorang berdua allergic udang ketam semua. Ketam tak ambik pun sebab malas nak process. Alhamdulillah berbaloi makan kat sini, De Aura Steamboat & Grill

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *