Hobby, Sabah, Travels

Sabah Trip 2024 – Day 0

Day 0 – Travelling Day

Masa ni A1 masih dalam cuti semester. Dah habis tahun 2 nak masuk tahun 3. Memang tak boleh tangguh dah flight ke Kota Kinabalu (KK) sebab ada orang nak training tu. Jadi A1 terpaksalah duduk rumah dulu & pergi campus naik bas. Kami bertolak Sabtu 28hb, bas A1 Khamis 3 Oct sebabnya Ahad 6 Oct baru mula kelas.

Sebelum pergi, kami borong roti banyak-banyak untuk bawa kesana. Senang nak breakfast tak payah keluar. Bekalan kopi teh seperti biasa memang bawa. Flask air panas pun bawa juga. Masa kt boarding hall, nampak passengers lain pun bawa roti. Ada yang satu shopping bag dia hand carry tu penuh dengan roti sahaja. Rasa macam sikit pulak kami bawa tu.

Flight pukul 2:30 petang, jadi tengahari dah pergi airport & solat kat airport je. Lama juga dah kami tak naik flight ni. Pergi airport biasa hantar atau amik orang je. Dalam flight makan sekali. Lepas tu tidur je lah.. sedar-sedar dah nak sampai. Lamanya tak datang KK, last datang masa A3 umur 3 tahun. Kebetulan turun masa nak sunset.. lawa sungguh langit masa ni.

Sampai kt airport, tunggu kereta pulak. Bila dapat kereta, kena check dulu condition & ambil gambar semua. Mula-mula plan nak cari tempat dinner kat bandar ke. Tapi bila fikir balik, terus je ke Kundasang & singgah je mana-mana kedai tengah jalan. Rupanya dalam dalam 20km juga jalan dari airport ke Tuaran tu tengah construction.

Sambil dalam kereta tu, aku search je lah dalam google map cari kedai sesuai. Kedai yang target mula-mula, terlepas. Tak lama lepas tu jumpa kedai target kedua. Aduh tutup pulak main kedai dia, ada 3 gerai, dua jual snacks je & satu lagi air hipster. Main kedai yang jual makanan ruji tutup. Maka kenalah cari lagi, sebab kami tengah lapar dah ni.

Alhamdulillah tak lama jumpa kedai yang sesuai. Portion lauk macam banyak pula, tapi takpelah order dua lauk je, butter chicken & tomyam campur. Gelak je my frens bila tahu kt Sabah pun makan tomyam. Takpelah kami baru sampai kan hehe.

Bila dah isi perut, barulah senang hati nak teruskan perjalanan. Sebelum tu aku dah contact hotel yang dah book yang aku akan sampai lambat. So no issue, dia kata kalu takde orang kt kaunter reception, just call nombor provided kt situ. Jauh lagi ni perjalanan kami. Dah la tak biasa jalan ni kan…

Restoran kami makan dinner tu baru halfway dari airport KK ke Tamparuli. Betapa jauhnya lagi nak sampai Kundasang tu kan. Bila dah lepas Tamparuli tu, lagi lah kena careful. Sebab dah mula mendaki ke tanah tinggi & jalan pun macam ular kena palu. Memang tak berani sangat nak memotong kecuali tempat jalan betul-betul lurus & nampak clear kat depan. Kereta pun setakat sewa Axia, kena sabar je lah sepanjang jalan ni. No pictures along this route, dah malam gelap gelita kan.

Dah dekat 10 pm barulah kami sampai ke resort yang dah book ni. Tepi jalan je & dekat sebelah pun ada restoran juga. Sampai tu call no yang diberi & dia datang untuk aku register masuk. Lega akhirnya boleh rest. Chalet /resort area sini semuanya mostly dilereng bukit walauoun tepi jalan, nama pun tanah tinggi kan. Mula rasa sejukkk kt sini. Time to sleep & rest.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *