Trip ni sepatutnya dibuat pada April 2020. Then COVID happened. Lama betul tangguh sampai dua tahun. Fitness semua orang pun dah tak sama. Ye lah, masa PKP semua orang berhibernasi kt rumah je kan. Lepas tu kurang sangat exercise. Bila trip dah confirm ON, semua excited sebab lama sangat dah tak buat apa. Bertolak ke Cameron Highland petang 30 September. Kami ambil Uncle Rashid dulu di Ampang. Geng lain carpool bertolak dari AP sahaja. Kami antara paling lambat sampai di homestay di Kg Mawar Tepian Desa, sebelum Kg Raja kalau dari Simpang Pulai. Best homestay ni ada 3 bilik, dua bilik air. Kat bawah ada halaman yang luas dengan pondok serta bilik air lengkap juga.
Awal pagi dah bangun sebab bilik air dua je kan. Aku pkl 5:15 am dah bangun bersiap. Tapi sebab menunggu semua orang, dekat pukul 7 baru keluar untuk breakfast di restaurant Sham Kg Raja. Lama juga lepak makan, sedap roti canai. Bungkus terus juga nasi untuk lunch kat sini. Pukul 8+ baru bertolak ke masjid Lojing. Semua kemas beg betul-betul sambil tunggu 4WD. Kt sini juga baru jumpa 2 orang guide kami; Mat D & Yoyo.
Pukul 8:40 semua naik 4WD untuk ke kebun dimana terletaknya pintu rimba. Lepas masjid Lojing, kawasan hutan dulu. Lepas tu ada sungai & hutan balik.. nampak juga kawasan tengah di clear kan. Lepas tu tiba-tiba ada kebun yang besarrr.. Siap ada kuarters pekerja segala bagai. Terpegun kejap. Lepas 20 minit sampai kebun. Ada briefing sekejap & doa selamat. Lepas tu toilet session dulu.
Pukul 9:40 am barulah kami mula berjalan menuju pintu rimba. Dari starting point, nampak dekat depan tu je pintu rimba, tapi tinggiii.. Rupanya kena lalu tepi belah kanan untuk naik slowly. Lepas 15 minit berjalan sampai pintu rimba & papan tanda Gunung Yong Belar. Kami stop sekejap untuk sessi bergambar.
Dari pintu rimba, laluan turun naik lalu 5 peaks. Jenuh la sambil jalan sambil kira. Tapi memang best kat sini, sunyi aman damai. Ada la 2 kali juga stop take 5. Ngam tengahari jumpa camp site untuk stop lunch kat situ. Masa ni pukul 12:20 pm.
Kami stop lunch di Kem Tudung Periuk. Penuh dengan khemah team yang buat 2 hari 1 malam. Diorang bertolak lebih awal & lepas sampai buka khemah terus shoot ke peak. Rasanya lebih 4 team camping sini. Makan nasi yang bungkus tadi sambil ada 2,3 orang dok bersembang dengan adik yang tolong jaga barang & ready nak masak untuk team. Nanti team dia turun boleh terus makan. Lama juga rest & betulkan urat kt sini. Masa bergerak naik ke Kem Pelaur, baru perasan ada 2,3 orang lagi yang dok berehat dalam khemah atau atas hammock. Ye lah, team diorang pun mungkin lambat lagi nak sampai balik ke Kem.
Lepas Kem Tudung Periuk, kena lintas sungai kecik. Kena turun sikit dulu & lepas tu memang mencanak naik. Agak mencabar jugalah sebab licin & banyak juga tempat kena hati-hati. Dengan beg besar ni lagi memang tak mudah ya. Masa naik tu dah fikir dah, nak turun nanti macammana lah niii… Hutan makin tebal laluan ke Kem Pelaur ni. Dekat 2:30 pm kami sampai ke simpang Kem Pelaur. Yoyo shoot ke Kem dulu nak check. Kalau dah ramai, tak muat nanti sebab Kem Pelaur sempit je compare dengan Kem Tudung Periuk. Yoyo datang balik inform clear. Ada team daypack je dok mandi situ.
Jalan menurun balik hala ke Kem Pelaur. Sebab sungai & air terjun kan. Bila sampai dekat pukul 3 ada la 2 team tengah rest, ada yang mandi. Power la yang buat day pack, lepas tu sempat lagi lencong ke Kem Pelaur ni. Ada sorang tu excited jumpa uncle, tak sangka jumpa otai katanya.
Kami cari posisi best untuk set tup khemah. Jadi duduk sebelah khemah uncle & khemah ‘dapur’. Rest-rest dulu kejap sambil guys pergi mandi air terjun.. bila guys dah selesai dah berehat semuanya, my turn pulak. Air sejuk gila wooo.. tak sanggup nak mandi full, bersihkan diri sikit & tukar baju. Sambung rehat sampai pukul 5 lebih macam tu, lepas tu tolong uncle kat ‘dapur’.
Tolong kupas nenas – yaa.. uncle bawa nenas sebiji. Nasib baik la masa PKP dah prektis kupas nenas banyak kali. Nenas tu untuk sekalikan dengan timun buat jelatah. Menu nasi beriani lauk daging beriani. Siap ada papadom freshly fried juga. Makan kat rumah pun tak mewah macam ni sekalli weyyy.. nyaman sungguh dinner tepi air terjun ni. Lepas tu minum the o panas. Nikmat dunia sungguh sejuk-sejuk sepi hutan tu. Malam tu tidur awal, best sangat tido bertemankan bunyi deruan air terjun. Blissful….
Leave a Reply