Memory

The Internet

(Originally posted in the old website 17th April 2002)

Aku mula-mula kenal internet masa end of 1995. Masa tu tengah belajar kat Sunway College. Bayar rm20 (ke rm25) per semester dapat unlimited access to the computer labs, providing takde kelas kat situ. Bilik lab ada 4 (or was it 3?), kat situ lah semua orang berebut pc heh.

Dengan pertolongan kawan-kawan & lab assistant aku semakin reti lah sikit² guna Internet ni. Lab tu tak canggih pun, pc kebanyakannya 386 jek (286 pun ada!). Guna Unix, benda yang paling aku tahu guna mula-mula sekali, email! Lepas tu guna talk, selalu finger mana-mana uni kat oversea & tengok kalau ada nama melayu keluar, mesti aku request talk! Lepas tu selalu masuk BBS Sunway, aku belajar chat kat situlah! Memang ketagih chat & talk ni, kadang-kadang tu sampai malam aku lepak lab. Kawan-kawan yang selalu aku jumpa kat lab *yang ketagih jugak* Nora, Fern, Charmaine, and the guys (Faizal, Kai, Hemin, Rudy etc).

Ramai yang chat, email & talk shj, ramai jugak yang main MUD games. Masa aku dah nak keluar kolej, setiap user dilimitkan sejam sahaja & tak boleh main MUD games. Pakai Unix senang je nak monitor semua org buat apa, tapi ada jugak yang pandai tipu.Ada banyak kebaikan & keuntungan aku guna Internet ni sebenarnya, senang nak keep in touch dengan kengkawan yang dah kat oversea masa tu, jimat duit telefon etc. Kadang-kadang tu aku contact abang aku mintak duit & apa-apa guna mail, dah dia dok dekat USJ nun je. Tapi lagi banyak keburukan kot sebab masa tu asyik dok melekat kat lab je. memang lah homework siap & tak effect my studies sangat, tapi masa tu boleh buat benda lain yang lebih berfaedah!

Bila aku sampai kat Bethune Internet masib belum meluas kat sini, jadi terbantut sekejap perkembangan penggunaan Internet. Kadang-kadang aku pergi je check email hotmail kat Mediathèque, tapi bayarannya agak mahal; 50FF (RM25) per hour.

Bila kat Tours, sebab dah masuk 1st year IUT, aku beli pc, kononnya senang lah nanti nak buat homework programming, assignments, reports etc. Tapi internet lah yang paling banyak aku guna. Masa tu guna dial-up je, provider pun tak banyak choice sangat. Maklumlah internet ni masih baru lagi kat France.Aku selain dari email, chatting kat mirc lah.. macam-macam channel aku masuk. Tapi lama-lama bosan pulak dah chatting, i ended up chat dengan orang yang memang dah kenal kat real life je banyak. Kalau yang lain tu, mesti kawan atas kawan etc. Dulu aku masuk Undernet channel #surau, #cercle & #exsbp.

Then aku kenal cari forum, melekat kat situ pulak. Lama-lama bila dah bosan sangat chat tak tentu hala, aku just chat dengan orang yg dah biasa chat aje. Kurang dah private chat ataupun berkenalan dengan orang baru. Chat kat channel yg kecik lagi best sebab tak payah susah payah cari topic, or cakap reveal personal background, just teruskan discussion yang dah ada je.

Sekarang ni aku dah kurang aktif chat, sebab kat opis ni dok satu room dengan boss, takkanlah nak chat pulak. Lagi pun bukan ada masa sangat nak chat. Kalau aku dah bosan sangat, aku surf aje. Tak pun type mail. Malam pulak banyak masa kalau nak chat, tapi kesian pulak kat my dearest hubby, takde orang nak layan dia. Lagi pun dah satu hari kat opis ngadap pc, penat dah bijik mata aku kena simbahan electron. DH pulak lagi perlu guna pc dari aku walaupun kadang-kadang aku dok conquer pc gak main Diamond Mine kat Yahoo! Games. Selalunya aku lepak-lepak baca buku cerita je lah, tak pun tengok tv kalau malam cerita Friends or Ally Macbeal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *