Hiking, Hobby, Yong Belar

Yong Belar Trip 2022 – Day 2

Esok paginya Subuh sepi 5:15 am dah bangun.. biasalah banyak urusan-urusan kebiasaan diwaktu pagi. Uncle sediakan breakfast & lunch bungkus. Pukul 6 lebih dah breakfast makan nasi lauk sup ayam. Biasanya tak lalu makan nasi pagi-pagi, tapi kali ni lajuu je makan. Seharian lagi nak hiking kan, kena la makan bagi simpan tenaga. Pukul 7:15am semua orang berkumpul untuk briefing & pukul 7:30 am kami bertolak untuk hike ke puncak. Kali ni laluan mencanak berbatu sebab tepi jeram air terjun tu. Boleh tahan susah kat sini. Laluan ni jarang orang guna sebab tak semua hikers akan pergi ke Kem Pelaur. Dia macam out of the way sikit. Siapa yang mencari puncak je memang tak lalu sini lah.

Bila sampai laluan utama, track lebih senang, walaupuunnn bukan la senang sangat. Pukul 8:50 am stop kejap dalam 15 minit regroup baru jalan balik. Masa ni tahu yang Syam tak proceed. Dia takut tak sampai puncak. Baik dia enjoy je kat air terjun Pelaur. Tak lama lepas jalan balik tu sampai lah kawasan mossy. Subhanallah lawa sangat. Masa ni berjalan dengan Danial anak Ramdzan. Jadi fotografer dialah. Budak-budak zaman sekarang macam-macam gaya posing. DH dah kat depan masa ni. Bosan kot jalan dengan orang slow ni.

Tak lama lepas tu, jadi dekat-dekat je dengan Shah, Suhar & Ramdzan. Diorang banyak stop ambil gambar kot. Hilang dah pula Danial, dah jadi lagi depan. Laluan semua cantik. Dah habis kawasan mossy, tinggal sikit-sikit pun masih cantik. Pokok-pokok berbatang kemerahan sikit. Mengah juga berjalan. Laluan menaik je walaupun taklah steep sangat. Shah & Suhar depan aku sikit, Ramdzan belakang. Tak jauh pun sebab dengar je bunyi tapak kaki diorang.

 

Dah penat sangat tu, Ramdzan keloi orang depan nak take five. Dia tanak stop sorang-sorang nanti kena tinggal lagi jauh. Shah & Suhar kata tunggu jumpa tempat sesuai. Takde ruang nak duduk tengah track ni kalau stop pun. Lepas 5-10 minit macam tu Shah & Suhar slow down tunggu kami yang kat belakang ni. Stop kejap je amik nafas. Lepas tu eh boleh pulak Ramdzan ni shoot laju-laju ke depan. Tak sampai 5 minit dah sampai Kem Kasut. Dekat je tadi rupanya. Kalau tahu tak payahlah stop dulu, boleh rehat kat Kem Kasut je.

Masa ni uncle bancuh kopi. Dapat minum kopi panas sikit, leganya. Water point ada sini tapi kena turun bawah sikit. Uncle minta Danial tolong refill bekas air. Nanti kat peak nak bancuh kopi lagi kan. Lama juga berhenti rehat kat sini. Aku sampai 10:12 am, 10:55 am baru gerak. Orang lain yang lagi awal sampai, lagi lah lama rehat. Selepas Kem Kasut, laluan semakin mencabar. Kat atas ni ‘tanah’ mossy dah barai, jadi laluan ada akar pokok kayu berselirat. Susah juga nak susun langkah. Laluan juga agak basah, atas ni susah dapat cahaya matahari gamaknya. Cuma kami bernasib baik hari tak hujan, jadi becak takde lah sangat.

Laluan ke puncak ni mencabar sangat bagi aku yang kaki pendek, sebab kena langkah panjang-panjang nak panjat akar-akar pokok tu. Masa dari Kem Kasut, uncle dok belakang sekali. So dia masa tu sekali aku & Ramdzan. Sweeper dengan Nik & Rambo rasanya. Sabar sungguh uncle tunggu belakang aku yang slow. Ramdzan depan sikit je. Sampai satu masa, Ramdzan stop rehat tapi aku teruskan. Ada sekali tu, masa langkah panjang nak panjat akar, krem kat paha wehh.. tak pernah seumur hayat krem kat paha. Menjerit la juga sikit. Sakit weeyy.. terkejut pun ya. Memang lain macam laluan sini.

 

Dah makin slow aku jalan walaupun sebelum ni bukan laju pun. Aku bagi uncle pergi dulu, kesian pula dia duk ikut belakang aku jek. Lagipun aku tahu Ramdzan dekat je kat belakang ni. Shah & Suhar depan pun tak jauh juga. Jalan je slow-slow layan perasaan & layan keindahan alam ciptaan Allah. Lepas sejam 15 minit dari kem kasut, akhirnya aku sampai kat punjak gunung Yong Belar.

Alhamdulillah cuaca sangat cerah kat atas. Dapat view cantik sangat sangat sangat, kawasan banjaran titiwangsa. Uncle dok tunjuk kat aku & DH puncah gunung-gunung lain di sekitar. Bukan main sakan kami bergambar kat atas ni. Uncle kata, berkali-kali dia naik gunung Yong Belar jarang sangat dapat view jelas macam ni, Biasanya sangat kelam & berkabus kat atas. Walaupun cuaca panas cerah benderang, sekali angin datang, menyucuk tulang juga sejuknya. Kami makan lunch nasi lauk ayam ungkep kat atas ni. Minum kopi panas. Sempat rest pejam mata kejap hehe..

 

Pukul 1:30 pm kami bergerak turun. Masa ni aku minta DH teman lah jalan sama. Tadi tu dia pergi awal boleh masak air dulu untuk bancuh kopi. Dah mula rasa penat sangat, lagipun turun di track yang technical macam ni memang susah la bagi orang kaki pendek (dari orang lain) macam aku ni. Turun walaupun kurang penat, tapi tak laju sebab kena betul-betul hati-hati nak pijak kaki kat mana. Banyak masa kena turun mengundur lebih mudah. Puku 2:30 kami berdua orang last sampai di Kem Kasut. Rehat kejap je 10 minit. Pukul 3:30pm jumpa lagi diorang semua regroup kt tengah jalan. Stop sekejap je sini, kami teruskan perjalanan.

Sampai Kem Pelaur dalam hujan rintik-rintik pukul 5:10 pm. Kami dah bukan orang last masa ni. Syam happy tengok semua dah selamat sampai. Dia dah kebosanan sangat duduk sorang-sorang dari pagi. Aku duduk rehat dulu sementara the guys mandi manda kt air terjun. Ada yang bersihkan badan je tak fully mandi. Sejuk kottt.. bila diorang dah rehat, turn aku pulak, with DH as bodyguard of course. Tak mandi betul-betul pun, sejuk macam ais air kt sini.. bersihkan badan tukar baju. Sambung rehat & tolong-tolong uncle masak dinner sikit-sikit. Dinner nasi lauk ayam sambal, sayur lemak kobis dengan ikan masin. Berselera makan sebab ikan masin tu. Malam tu tidur awal, penat kot seharian hiking.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *