Pagi hari ketiga, pukul 5:15 dah bangun. Walaupun memang tahu hari ni takde urgency nak besiap cepat, tetaplah suka awal juga. Sebab lagi senang nak pergi ‘toilet’ time orang lain belum bangun. Dah selesai urusan aku, baru DH selesaikan urusan dia. Bersiap & kemas sikit lepas tu breakfast. ni breakfast mihun soto; makan jugalah semangkuk mihun. Lepas tu sambung kemas beg, buka khemah & clearkan camp site.
Lepas tu last ambil gambar kt air terjun Pelaur. Macam-macam style ada. Masa ni jugalah phone aku jatuh atas batu.. Uwwaaaa.. kemek sikit tepi & on/off button terperosok sikit. Tengok dari luaran takde rosak teruk. Tapi sebab on off button tu terperosok, phone jadi on then off non-stop. Sampai lah habis bateri. Jenuh cuba korek keluar button tu, tak berjaya. Maka redho je lah bergambar setakat tu saja. Nanti kita copy gambar orang lain. Dan tak boleh juga dah hantar update ke geng bini-bini 😊 Selama dua hari sebelum ni, semua pakat tunggu aku update.
Masa Pukul 9 pagi semua berkumpul untuk briefing & doa sebelum mulakan perjalanan. Masa nak start jalan, semua pakat tanak dok depan sekali. Tak tahulah apasal diorang ni. So aku pergi jelah depan lepas tu Ramdzan & anak dia. Dengan harapan, DH akan cepat-cepat ke depan follow aku. Tunggu-tunggu tak sampai punnn hmphh.. Percubaan slow sikit, aku bagi Ramdzan & anak dia jalan dulu. Pun masih tak sampai.
Pukul 9:40 am sampai simpang Pelaur. Ada stop kejap je guide Yoyo dok baca doa apa tah untuk keluat hutan. Masa ni sampai geng Suhar & Shah je. DH tak muncul-muncul. Geram juga rasanya sebab kalau part susah tu aku akan lagi slow bila takde bantuan. Lagi sekali kena turun ke anak sungai yang sangat curam. Masa ni bagi jelah diorang jalan dulu. Slowly melangkah turun. Sampai sungai & lintas sungai, kena mendaki balik barulah sampai Kem Tudung Periuk. Masa ni baru pukul 10:10 am.
Merajuk ah dengan DH dia tak usaha pun nak datang depan jalan sama-sama. Haih type ni pun dok rasa sebal balik ehhhh .. geram betul. Malas nak cakap apa-apa. DH kata la susah nak potong orang, single trail takde tempat nak potong. Padahal nyaaaaaaaaa kalau dia minta laluan mestilah kawan-kawan dia bagi jeeerrrrrrrrr… alasan sungguh kan. Merajuk ni merajuk! Cakap pun nak tanak je, tapi terpaksa jugak sebab nak pergi ‘toilet’. Harus la kena berteman. Lepas tu rehat kt trunk balak tumbang kejap sambal snacking. Gamaknya orang lain mesti perasan je jugak bini merajuk. Lantak la.. geram ni geram.
Dalam pukul 10:50 am macam tu jalan balik. Terus je jalan sama-sama. Trekking dari Kem Tudung Periuk ke starting point ni aku paling suka. Sebab laluan best & lawa. Teduh je turun naik 5 puncak dengan hutan yang cantik kiri kanan. Kat sesetengah peak tu ada view yang jauh & cantik Nampak puncak-puncak gunung lain sekitar banjaran ni. Pukul 11:30 kami stop & regroup kat puncak 5. Tunggu orang belakang & lepas tu rehat kejap. Stop dalam 20 minit je. Yang depan lama sikit lagi la kot, kami tengah-tengah masa ni.
Lepas tu stop sekali je lagi kat puncak 3, tunggu semua orang sampai baru nak gerak. Tengok-tengok orang belakang sampai, diorang lajuuuu je takde stop dah. Jadi kami dok belakang sekali sebab nak simpan barang pakai beg semua tu. Track turun ni memang best. Guide tanya nak singgah Gunung Warpu tak, out of the way sikit jek. Semua taknak .. fikir nak balik cepat je. Pukul 1:50 pm kami sampai ke kebun dah. Rehat-rehat sementara tunggu 4WD. Semua happy nak keluar hutan dah. 4Wd sampai terus gerak ke masjid Lojing & debriefing kt situ. Lepas tu semua berpecah ikut haluan masing-masing.
Leave a Reply