Day 3 – 12 May 2018 : Kem Botak – Peak – Kem Botak – Kem Kor (originally posted in my Facebook page)
Tidur malam tak selesa sangat sebab sejukkk & sebab badan dah penat sangat. Pukul 2 pagi tu dok dengar ada lagi yang dok bersembang kat luar tu. Hairan betul, tak sejuk ke?? Pagi esoknya bangun taklah awal sangat, dalam pukul 6:30 am. Bila dah selesai urusan-urusan biasa diwaktu pagi, aku mula pack sikit-sikit. Tengok kasut hazabnya, kotor & basah. Memang takkan kering sebab kat atas ni foggy je cuaca.
Breakfast pukul 8 dan dalam pukul 8:30 pagi kami bergerak menuju ke puncak gunung. Cuaca clear je masa ni, langit biru je. Dalam separuh jalan, ramai yang stop untuk photo session. Lawa view bila berdiri atas batu nampak awan & langit biru dibelakang. Nampak juga pemandangan gunung-gunung lain sekitar Gunung Tahan. Sambung perjalanan bila ada orang kat atas dah bising kami lambat. Sebelum pukul 10 pagi semua orang dah sampai puncak. Seronok dan lega sebab semua orang berjaya sampai puncak.
Kami ambik masa dalam sejam untuk bergambar kat atas dekat dengan signboard Gunung Tahan. Banyak betul sessi bergambar, diorg (kecuali guides) siap tukar-tukar baju lagi. Puas hati sampai juga akhirnya ke Puncak Gunung Tahan. Bila semua orang dah puas bergambar & bergembira kat atas, kami turun kembali ke Kem Botak untuk packing & bergerak turun.
Sampai Kem Botak, semua orang packing barang untuk mula turun. It’s going to be along, long day. Bila semua dah siap, kami bergerak turun dari Kem Botak pada puku 12:30 pm. Zahrin & Ahsang turun dulu & diorag akan set camp di Kem Kor untuk bermalam. Maka bermulalah hari yang sangat panjang buat kami semua. Kami sampai di Kem Bonsai pada pukul 2 pm & berhenti makan di situ. Kali ni nasi lauk ikan sambal hijau. Habis licin. Memang takkan kurus hiking 4 hari pun oit 😒Baru je hike pun stop lama jugak.. dah dekat pukul 3 baru nak jalan balik.
Lepas berjalan dalam 45 minit, jumpa sekumpulan hikers lain tengah naik. Hairan juga, sebab guides dah tanya Perhilitan, takde orang lain yang apply permit naik weekend ni. Dalam group tu ada dalam 3,4 orang ladies. Tengah penat, tak pay attention sangat. Yang bestnya, nampak diorg tak bawa beg besar pun. Dalam 5 minit lepas tu, jumpa lagi 4,5 orang guys. Diorg bawa beg besar. Sorang tu siap tanya “ akak okay ke?” Nampak sangat muka penat gilerrr.. huhuhu
Dalam pukul 5 kami sampai V Waterpoint. Kami stop solat kat situ, aku lambat sikit sebab buka kasut, nak amik wudhu semua tu leceh. Bagi diorang turun dulu, tapi DH pesan kat diorang, kalau sampai Kem Berlumut dah gelap, tunggu kami sebab bahaya nak berjalan berdua malam-malam dalam hutan ni. Pukul 5:30 kami bergerak ke Kem Berlumut. Sampai Kem Berlumut pukul 6:30, bukan setakat diorang, guides pun ada situ. Ahsang & Zahrin je dah laju kat depan.
Then guides shoot pergi dulu sebab diorang nak prepare dinner. Sambil pesan jangan berpecah. Kami rehat sekejap je & shoot ke Kem Kubang. Tapi tak shoot sangat la sebab pukul 10 baru sampai Kem Kubang. Sampai hari ni masih wonder kenapa lama sangat sampai 3 jam sedangkan masa naik sejam setengah je. Maybe sebab berjalan dalam gelap, lampu headlamp nampak sikit je untuk cari tempat nak pijak je. Turun lagi complicated dalam gelap.
Dari Kem Kubang ke Permatang pun rasa jauuuhhh sangat. Masa tu jalan DH depan sekali, aku belakang sikit, diikuti rapat oleh orang-orang lain. Antara dialog yang aku ingat :
“ Eh, kita lalu sini ke semalam?”
“ Macammana aku panjat sini eh semalam? Nak turun pun susah”
“Apasal tak ingat langsung jalan ni, betul ke jalan kita ikut ni”
“Cuba cari CD ke marker lain, semacam je jalan ni aku rasa, betul ke jalan ni”
“Apasal jauh sangat, semalam rasa dekat je”
“Bila nak sampai ni?”
Selepas beberapa kali rasa macam dah dekat, tapi tak sampai-sampai; akhirnya sampai juga ke Kem Permatang pukul 12 lebih. Kami stop kejap je sebab kawasan tu keras mengikut kata guides. Kat sini bermula lah macam-macam drama. Ada yang headlamp habis bateri, ada yang air dah tinggal 2,3 titik, ada yang sakit kaki, ada yang dah penat sangat nak tido kat track etc. Aku pun sakit kaki, semua jari rasa sakit. Tabahkan je la jalan je jugak. (now end July kuku jari kecik masih hitam kesan dari hike ni) Lepas sejam berjalan belum pun sampai sungai. Bila dengar bunyi air, semua happy je sungai dah dekat. Tapi jalan tak sampai sampai pun sungainya.
Bila dah yakin tu last downhill sebelum sungai, DH amik bagpack aku & tolong bawa. Tapi dia shoot ke depan la. Ramdzan cuba laju ikut dia. Aku jalan dengan Rizal (lagi). Kat belakang beramai-ramai sebab ada yang tumpang lampu, ada yang dah penat sangat tak larat dah & ada yang jadi tukang jaga diorang. Baik & bagus betul tukang jaga tu. Rizal kata dia nak cepat sebab air dah habis. Tak sabar nak ke sungai. Banyak kali dengar Ramdzan kat depan dok keloi orang. Rizal jawap ada la dua kali. Lepas tu dia kata, biarlah dia.. nanti kita sampai la.. aku takde suara dah ni, air pun dah habis.
Kami jalan tak lah laju sangat pun, cuma kami tak stop. Geng belakang dah entah berapa kali stop tu. Rizal slow sebab pakai sandal Nik yang 3,4 size lagi besar. Aku pulak slow sebab semua jari kaki sakitttt sangattttt. Entah berapa kali tertipu bunyi air sungai dah dekat tapi tak sampai lagi pun juga, Akhirnya dekat pukul 2 kami sampai kat sungai. Aku terus berendam dalam sungai.. lebih kepada nak sejukkan kaki yang sakit. Lepak lama juga sebab tunggu orang belakang. Lama betul la DH berehat kat situ.
Gerak balik dalam pukul 2, dalam 10 minit je dah sampai Kem Kor. Dekat betul rupanya.. DH kata patut dia terus je tadi, tak sangka macamni punya dekat. Sampai je aku terus buka kasut, tengok kaki. Kaki dah kecut berlipat-lipat kulit warna putih pucat takde darah sebab basah lama sangat. Jari kaki semua bengkak & merah. Jari kecik sakit sangat, sentuh sikit je pun sakit.
DH laju je pergi mandi. Lama pulak dia mandi sambil bergossip. Aku nak mandi kena tunggu khemah pasang dulu sebab nak tukar baju dalam khemah. Aku sembang sekejap dengan Ahsang sementara tunggu DH. Sebelum ni tak pernah pun bercakap direct dengan Ahsang. Diorang sampai awal lagi, pukul 8:30 malam. Guides sampai dalam pukul 9 malam. Geng Bomba rupanya yang kami selisih kat atas tu. Kat bawah ni ada 2 orang yang tinggal sementara yang lain pergi peak. Ada juga khemah yang lain untuk diorang tinggal barang kat bawah. DH pasang khemah bawah fly diorang. Beg pun muat letak bawah fly juga. Kebetulan hujan renyai-renyai. So beg tak basah.
Bila DH dah siap mandi, dia pergi pasang khemah & aku pergi mandi kat sungai. Masa nak mandi tu headlamp jatuh dalam air. Takut nak on takut rosak, so mandilah dalam gelap hehe.. orang lain dah lama siap mandi. Lepas mandi baru makan, A. Olan kata mihun dia rendam air sejatkan dah keras balik tunggu kami lama sangat. Sedap giler mihun soto panas-panas makan masa badan letih & cuaca sejuk. Dah pukul 3 lebih baru tidur. Exhausted & worn out from the full day hiking.
Leave a Reply