Gunung Tahan, Hiking, Hobby

Gunung Tahan Trip 2018 – Day 4

Day 4 – 13 May 2018 : Kem Kor – Lata Luis – Kuala Juram (originally posted in my Facebook page)

Finally it’s our final day for this trip. Woke up at 6+ am.  Orang lain pun tak ramai yang dah bangun. Guides je yang dah bebetul bangun. Lepas solat masuk rest baring-baring balik dalam khemah. Dah tahu hari ni tak payah rushing sebab short journey je compare dengan day 2 & 3. DH panggil breakfast tapi kali ni nasi goreng macam tak berapa nak lalu. So aku bagi je 1 packet sup segera untuk DH ambil air panas bancuh. Kebetulan memang bawa croutons sekali untuk makan dengan sup.

Breakfast pun dalam khemah je, malas nak keluar. Sup 1 packet pun tak habis, crouton pun sama. Bagi DH habiskan. Lepas makan sup panas rasa segar sikit badan. Aku bersiap slowly & pack barang-barang. Tengok orang lain pun slow je bersiap. Baru tahu Bomba memang buat adhoc plan sebab tiba-tiba dapat extra public holiday 2 hari. Bomba Putrajaya & ada pengiring dari Bomba Lipis.

Dalam pukul 10 lebih kami bergerak untuk balik ke Kuala Juram.  Syam jalan depan, Suhar lebih kurang kami tapi since aku slow nak merentas sungai berbatu ni, DH minta Suhar shoot depan temankan Syam. Alhamdulillah badan rasa ok & kaki pun okay sebab pakai sandal je hari ni. Tak pakai kasut dah. Jari masih sakit especially jari kecik. Kalau jari kecik terkena kayu ke apa, berdengung gak la rasa macam nak menjerit jek. So jalan kena hati-hati. Lega sebab trail dah tak steep so macam jungle walk biasa je. I really really enjoyed this walk in the nature.

Pukul 11 lebih kami sampai Lata Luis. Nampak Syam dah melepek kat sini. Dia angin & penat katanya. Tengok muka pun pucat. Dalam 5-10 minit lepas tu orang lain pun sampai. Kami tak terus gerak balik even lepas diorang dah rest. Kami tunggu Syam ok sikit. Kenangan peristiwa macam scene Kungfu Panda 😁

Kami berjalan dari Lata Luis kat depan. Sekejap je otai-otai guides potong. Laju macam Ferrari diorang ni. Dah la beg besarrrr. Kami sampai Kuala Luis pukul 12:30 pm. Guides masa tu dah start masak air untuk buat instant mee. DH datang amik beg bawa ke seberang, aku jalan lenggang kangkung je rentas sungai. Pergi hantar pouch pinggang letak sebelah sana & ambil air botol. AKu patah balik masuk sungai & berendam dalam tu. Rendam sekali air botol coke & Tropicana orange juice. Those were our victory drinks.  Sedapnya minum air sejukkkk..

Lama juga aku berendam sampai kecut jari. Lepas tu naik tengok diorang masak dah nak siap. Air panas masak hanya untuk bancuh perencah mee & bagi bawang masak sikit. Mee rendam dalam air sungai je. Ok juga mee ni lembut je rendam air sungai 😄 Lepas siap gaul kami dah tadah pinggan. Orang lain belum sampai masa aku start makan. Lepas tu A.Man gaul sekali petai dalam tu. Fuh layannnn. Ada rasa pedas-pedas tomyam & petai. Btw, mee segera tu Mamee Chef perisa tomyam. Rasa macam boleh lagi tambah kali kedua, tapi takut tak cukup untuk orang belakang pulak. So stop makan lepas tu tunggu air mendidih nak bancuh kopi. Bancuh air kopi + coklat vico. Layan lagi minum air mocha dalam hutan.

Lepas sejam rehat, kami meneruskan perjalanan. Lagi sekali, sekejap je A. Man potong kami. A. Olan jalan dengan diorang kat belakang. Sampai kt sungai, nampak DH & A. Man dok layan air panas kat seberang sana. Sungai cetek je tapi berbatu. Jalan punya jalan, tersilap pijak batu licin; jatuh terduduk kat situ. Oh my bonbon.. Langsung aku duduk kejap atas batu tu baru bangun jalan balik. Nasib memang terduduk tu atas batu yang tak tenggelam. Belum sampai belah sana, A. Man dah jalan balik.

Lepas seberang sungai ni terus nampak Rizal pun dah dekat. So selepas tu kami jalan gilir-gilir DH & Rizal siapa depan. Ada sekali DH dah shoot jauh, Rizal tolong panggil sebab pacat dah hinggap, nak kena buang. Lepas tu DH pun slow sikit biarkan Rizal kat depan. Lama pula rasa nak sampai sungai last. Bila dah sampai tepi sungai, kami nampak Rizal terus menuju sungai nak lintas. Nasib baik kami nampak, salah jalan tu. Jalan yang betul kena jalan menyusur tepi sungai dulu, dalam 500m dari situ baru lintas sungai. Phew, kalau terlepas tu entah mana la kami nak pergi cari Rizal oiii…

Akhirnya kami sampai ke Kuala Juram pukul 3:15 petang. A. Man orang 1st sampai. 2 buat 4WD pun dah ada sana tunggu kami. The rest sampi Kuala Juram merentasi jambatan gantung 5-10 minit kemudian. Masing-masing pun jalan tak berlengah sangat sebab tak sabar nak keluar dari hutan. Lepas sessi bergambar beramai-ramai, kami bertolak ke Pejabat Perhilitan Sungai Relau. Aku dok depan sebelah driver, sempat la sembang sikit-sikit, especially pasal kerajaan baru. Ada juga terlelap dalam 4WD tu. Mengantuk kot, dah entah berapa hari tak cukup tidur & rehat.

Sampai pejabat perhilitan, kami terus unpack barang kat depan tangga office untuk re-declare barang-barang. DH volunteer nak declare barang dia dulu. Masa dia kira plastic, sampai kira sekali sampah yang aku punya pun ngam-ngam. Aduhai.. aku ada la juga kutip sampah lain kat atas tu.. Habis satu-satu kira. Lepas tu aku pulak, kutip je plastic mana ada. Plastik bekal nasi yg sebelum ni takde bawa pun kira sekali. Stokin mula-mula tak cukup, baru teringat DH pakai stokin yang aku bawa. Officer tu pun ingat dia belum kira yang DH pakai 😀 Bila dah habis terus kemas barang, buang sampah. Sambil ulang ke kereta kemas barang, lalu sebelah Zahrin tengah declare, dia tengah kira uncang kopi.. Masa tu baru teringat 1st day DH bawa pack kopi segera tu hahah padan la kiraan plastic dia banyak sangat. Tengah letih & penat, apa pun tak ingat dah. Tak apalah, dah lepas pun declaration.

Lepas mandi solat semua, kami bergerak keluar dari Sg Relau dalam pukul 5:30 petang, janji nak jumpa A.Man kt kedai kopi tepi jalan besar.  Baru keluar 100m dari pagar office, aku dah terjerit ada pacattttt!! Senang hati dia dok merayap lagi kt kaki. DH bergegas stop kereta untuk buang pacat. Rasanya tadi pacat tu dok rest kat sandal & aku tak perasan. Jumpa A. Man dah duduk minum kt kedai kopi tu. Dia dah balik rumah, mandi semua kat rumah dia. Kami minum-minum & terus early dinner juga kat sana. Bila hari dah macam nak maghrib, kami bertolak balik. Diorang bersalaman dulu dengan A.Man & A. Olan. Dalam kereta, aku banyak tidur je 😬

Pukul 10 malam kami stop masjid Bentong untuk solat. Aku dah kena solat duduk atas kerusi sebab kaki sakit tak boleh lipat betul-betul dah masa duduk antara dua sujud. Dua hari juga lah aku kena solat duduk atas kerusi. Kami sampai Taman Saga KL pukul 12+. Drop A. Olan kat sana dengan barang-barang company Karatz Adventure. Kami sampai rumah dalam pukul 1, amik kad pass untuk masuk Siantan sebelum ke Siantan untuk ambil boys dari rumah PIL.

Badan penat tak terkata, tapi puas hati akhirnya sampai juga ke puncak Gunung Tahan. Thank you DH for making this trip a reality. And thank you for your support, understanding, patience & encouragement all throughout this whole trip. I won’t be able to make it without you.

I’ll be back, insya Allah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *