Trip Gunung Ledang 2019 – Part 2 (Originally posted in my FB)
Day 2 β 17th Feb 2019
Pagi terjaga sebelum alarm berbunyi lagi, tapi tunggu alarm dulu baru bangun. DH masak air untuk rendam megi. DH masak juga nasi + sardine lebih semalam jadi nasi goreng sempoi. Pandai pulak masak bila kat sini π€ͺ Aku pergi urusan toilet dulu. Lepas tu tolong masakkan megi & DH masak air lagi untuk semua orang kot nak bancuh air panas dalam flask untuk bekal. Kami bancuh kopi+coklat. A few others sempat la juga makan nasi goreng tu. Aku tak makan pun, tak lalu nasi. Makan coklat je alas perut. Kemas juga terus barang-barang so nanti tengahari tinggal nak pack masuk beg je. Kecuali barang masak tak kemas sebab ada food lagi.
Bila semua orang dah siap, kami bertolak dalam pukul 2:30 pagi. Adalah juga sedikit seram jalan pagi-pagi buta ni. Aku jalan agak depan la juga. Selalu stop regroup sebab berjalan awal pagi kan. Bahaya takut ada yang silap jalan. Guide sorang depan, sorang tengah & sorang belakang. Tapi yang kat depan 3,4 orang je. Aku paling belakang group depan. Bila aku jauh sikit, guide stop, aku sampai je jalan. Tak sempat aku nak rest kekeke.. tapi every 20-25 mins regroup dengan semua dapat la rest 3-4 minit. Kalau tak sempat jumpa semua pun, bila confirm diorang dah dekat baru gerak. Guides ada walkie talkie, so kami jalan je ikut arahan guide.
Pukul 4:05 am, kami rehat lama sikit, 10 minit sebab guide cakap lepas ni kami tak stop dah sampailah kat CP yang ada wakaf untuk solat. Lepas stop 10 minit ni kami jalan terus je, stop pun ambik nyawa sesekejap je. Agaknya kawasan laluan ni agak keras kot, sebab tu guide tak nak stop lama. Sampai kat Kem Senget, CP yang ada wakaf solat tu. Siap ada dinding bahagi ruang untuk lelaki & perempuan. Aku pergi rehat baring kat bahagian perempuan. Pukul 5:40 macam tu masing-masing amik wudhu untuk solat kat atas. Kalau awal sangat, takut senang terbatal wudhu tu. Masa ni Subuh pun agak lewat.
Pukul 5:45 am kami bertolak ke atas. Jalan ni berbatu-batu & sangat curam. Banyak tangga besi kat sini. Rasanya sini je lah kawasan yang agak bahaya untuk hike kt Ledang. Cuak juga takut tersilap langkah. Kena hati-hati melangkah. Dalam pukul 6:25 am, 50m dari puncak, kami stop solat Subuh. Sekejap je dalam 5 minit. Lepas tu jalan 5 minit dah sampai puncak. Masa sampai, hari masih gelap. Cuma nampak lampu-lampu bangunan & jalan sekeliling kat bawah. Nampak juga tower telecom di puncak sebelah sana. Kat atas ni sejuk sebab angin kuat.
Tunggu sunrise sambil minum kopi panas. Makan juga bekalan megi yang masak tadi. Layan je makan apa-apa pun kat atas ni. Diorang pun sakan bergambar. Sunrise lambat sikit muncul, hari pun agak redup so awan penuh. Matahari pun malu-malu nak munculkan diri. Bila dah pukul 7:30 am baru nampak sikit matahari. Memang cantik la sunrise dari atas gunung. Percubaan nak buat timelapse kat henfon tapi tak berapa jadi sebab tak faham setting.
Bila dah pukul 7:50 kami bergerak turun. Selisih dengan guides tengah lena kat tempat kami stop solat Subuh tadi. Ada sorang je yang jaga, so kami inform kami turun dulu. Aku ni part turun kawasan technical & tangga memang slow. So sesuai la turun dulu. Baru gerak turun 500m, dah ada yang datang potong. Memang sah slow turun tangga. Ngeri takut tergelincir. Danial anak Ramzan berani betul, dia main redah je. Ada tangga yang dia menggelungsur jek turun bukan melangkah.
Bila sampai balik kat Wakaf dalam pukul 8:15 am, tak jumpa pun diorang yang dah kat depan. Pelik juga supposenya kena la regroup sebelum gerak semula. Bahaya berpecah ni, dalam hutan ni macam-macam boleh jadi. Kami masa sampai berdua, jalan dulu kot boleh kejar yang kat depan. Berjaya regroup dengan regroup dengan 2,3 orang lagi. DH dah susah hati, so dia kejar orang-orang kat depan. Lepas jumpa diorang, suruh diorang stay & DH ke belakang pula inform guides. Aku jalan dengan 2 orang lain sementara DH ke belakang balik. Jalan sekejap je jumpa diorang kat depan sebab diorang dah stop.
DH datang balik inform yang Zaida dah jalan sangat slow sebab sakit kaki. Maybe ada tersilap langkah masa turun. So kat belakang ada dua group, group tengah & belakang sekali. Masa DH sampai ke wakaf tu, group belakang sekali with Zaida masih belum sampai. Guide bagi kami jalan dulu tapi jangan berpecah & jangan jalan sorang atau berdua je. So berjalanlah kami berlima. Kat depan ada 4 orang, belakang 7 orang tapi 2 group. Cantik trail kat sini, teduh & redup je. Trail pun tak hardcore. Masa pagi gelap tak nampak apa sangat. Bila berjalan siang baru nampak memang awesome trail ni.
Pukul 9:40 am dah sampai Simpang Pendeta. Nampak Zahrin & anak Suhar dok menunggu kat situ. Lagi 2 orang taknak stop regroup. Aduhai .. padahal dah pesan tadi. Zahrin tunjuk sign kecik ke kanan ke CP3. Since kami skip CP3, so Zahrin kata, kita ke kiri lah. Lepas rest dalam 5-10 minit, kami gerak. Jalan mula-mula banyak turun, lepas tu banyak mendaki. Rasa macam tak lalu jalan ni masa datang tapi masa tu gelap so pasrah je lah..
Jalan dalam 25 minit, sampai sungai berbatu yang memang tak familiar dan confirm kami tak lalu. Pergi depan sikit, nampak la signboard CP5 Sungai Segitiga. Sah la kami salah jalan. Tadi patut ambik simpang kanan. Aku tak pergi mendekati sungai pun. Rasa seriau semacam. Dah la sunyi, bunyi burung pun takde langsung. Suhar pergi jenguk ke seberang sungai sambil tengok jalan. Dia & Zahrin dok fikir kot ada jalan lain boleh sampai CP4. Anak-anak Suhar dah baring kat batu, penat. Hm.. semalam dok sebut-sebut sangat Sg Segitiga kan, sampai jugak dengan cara sesat huhuhu.
Aku tanak pergi jalan lain. Walaupun frust, stress & penat.. lebih baik patah balik. Lama juga stop bincang tu. Aku & DH sempat juga bergambar di signboard. Lepas amik gambar aku cepat-cepat patah balik. Last sekali diorang pun setuju patah balik. DH jalan depan sebab dia nak kejar orang depan nak inform kami lambat. Zahrin pun depan. Aku belakang sikit, depan sikit je dari Suhar & anak-anak. Anak Suhar ada sorang kelaparan sebab tak breakfast kot. Tak lama DH patah balik & jumpa diorang. DH bagi food kat diorang sikit setakat apa yang ada, coklat je pun. Lepas tu aku & DH jalan depan. Pukul 10:55 am sampai Simpang Pendeta balik, tempat kami salah jalan tu. Lepas tu berjaya kejar Syam & guide. So DH tinggalkan aku dengan Syam & guide sebab nak teman orang belakang. Risau juga dia sebab anak Suhar dah letih + lapar.
Jalan dengan Syam & guide tak lah laju sangat, rileks jek. Ada satu tempat banyak daun kering, tergelungsur aku kejap. Nasib baik takde akar kayu ke apa bawah tu. Pukul 11:30 am kami bertiga sampai camp. Tengok diorang yang asal belakang kami pun baru je sampai. Students UITM pun dah ramai, tengah prepare camp site. Sempat la juga sembang berbasa basi kejap dengan student yang aku jumpa semalam tu. Lepas tu, kemas-kemas bag terus. Tak sampai 10 minit lepas aku sampai, DH dah sampai. Guides pun dah ramai la sebab bawa students tu. Lama diorang nak berkampung. Nampak ayam hidup pun ada diorang bawa.
Pukul 12:30 pm kami bergerak turun. Tinggal Zaida & family je lambat sikit. Complicated sikit aku nak lintas sungai dengan beg besar ni. Dah lega sebab tahu jalan turun Gunung Ledang ni takde turun naik sangat. Jalan pun laju je dah tak sabar nak balik. Pukul 1:30 pm dah sampai kat CP2. Kami stop rest & bergambar sambal regroup. Walaupun cuaca agak panas, tapi redup & sejuk je perjalanan kami. Memang terlindung dari panas matahari. Lepas rest dalam 10 minit, kami sambung perjalanan turun. Pukul 2:20 pm dah sampai CP1. Kat sini duduk kejap aje sambal tunggu team belakang. Team belakang lalu je tak stop pun. Kami pun terus ikut turun.
Guide kata dekat je ni kak, 10-15 minit sampai. Aku terus tengok jam hehe.. Tapi aku jalan dekat 20 minit juga la. Tangga hari ni tak se- mentally challenging macam semalam, turun je kan. Kena jaga lutut aje la jangan hentak kaki kuat sangat.
Berakhirlah perjalanan perkhemahan 2 hari 1 malam kami. Sampai bawah declare barang-barang dulu. Lepas settle terus pergi mandi. Fuuuhh lega rasanya dapat mandi puas-puas. Lepas tu aku lepak-lepak juga kejap tunggu Zaida sampai. Bila Zaida sampai pukul 3:30 tu, kami terus bergerak balik ke AP.
Bonus pic π
Leave a Reply