Memory

One Fine Day

(Originally posted in the old website 26th May 2002) 

Sampai kat arrival hall, tak ternampak pun kelibat abg Long. Ada duit syiling sikit, call handset abg long, dia dah on the way. Duduk menuggu kejap, dah tak ramai orang. Ramai yang orang datang ambik, & yang selebihnya dah ambik teksi. Lama jugak tunggu, tiba-tiba terdengar orang panggil dari tepi. Kita dok jenguk kat luar aje, patut lah tak nampak Ida datang. Terus bangun bersalam & berhug dengan dia. Abg Long tersilap tunggu depan domestic arrival hall katanya. Abg Long malas nak masuk parking, terus heret lugage ke kereta. Masuk dalam kereta, kanak-kanak semua tidur. Tapi kejap je, bila bangun, masing-masing mintak “coklat telur” heh, Itu jugak yang diorg ingat. Kecuali adik Munqiz, adik kecik lagi masa aku balik dulu. Adik senyaaap je tengok aku. Tak ingat siapa agaknya. Abg long & Ida cakap , kejap je tu dia senyap, nanti kang tak berenti cakap.

Dalam kereta lagi aku dah discuss dgn Ida, aku nak pergi lapor diri terus hari tu jugak, malas tangguh, nanti lagi malas nak pergi. So, bila sampai rumah kak long (& abg long, of course) terus bagi Haqqi, Wifaq & Munqiz ‘coklat telur’ sorang sebiji. Bukannya diorg makan sgt pun coklat tu, nak mainan jek. Adik dah ok ngan aku, tengok aku ngan Ida bersiap, dia nak ikut jugak. kesian dia, abang-abang gi nursey, tinggal lah dia dengan maid. Lepas mandi & sarapan, ikut abg long keluar. Dia hantar kat stesen komuter ukm, amik komuter, sampai kl , hujan lebat sungguh kat kl. Risau jugak masa tu, macammana nak mengharung hujan lebat ni. Ida nak ke toilet, naik atas kat tempat toilet tu, nampak ada penghadang pulak. Intai-intai kot ada orang tengah baiki ke. Takde pulak, masa kami terjenguk-jenguk tu, sekumpulan makcik-makcik tukang cuci stesen keretapi kl tu nampak kami. Sorang makcik tu tegur, dia cakap, alihkan aje penghadang tu, dia org duduk² situ tunggu kering kejap sebab baru lepas mop.

Ida masuk toilet, aku dok kat luar borak-borak dengan makcik-makcik tu. Makcik tu tanya nak ke mana hujan-hujan macamni. Aku bagi tau la yang kami nak ke Taman Desa, nak amik bas kat bus stand klang. Makcik tu pulak yang risau, kang basah melencun nanti harung hujan lebat. Lepas diorg la cadangkan, pergi pinjam je payung dengan orang kat office ktm tu, lagi pun hari awal lagi, belum pukul sebelas, nanti balik sempat lagi pulangkan. Bila Ida keluar, aku diskas dgn ida. Makcik-makcik tu lagi lah dok encourage kami, ye lah, memang betul pun kalau harung hujan lebat tu, memang boleh demam gamaknya. Lama-lama termakan pujuk makcik-makcik tu jugak, diorg siap pesan suruh panggil abg, jangan panggil pakcik. hehehe..

Kami pun dengan muka tak malunya pergi ketuk opis kat bawah, kat tepi sikit tu. Ada abg hensem bukak pintu, terus cakap masalah etc, cerita balik pukul 2 dah sampai balik stesen kl semua. Abang tu nampak cam terkejut jugak, tapi sebab dia baik hati, dia bagi pinjam setelah pesan berkali-kali kena hantar sebelum habis office hour. Pergi bus stand klang, carik bus nak gi taman desa. Pukul sebelas dah sampai opis & lapor diri kat Puan Rohana. Puan Rohana cerita apa aku kena buat masa cuti ni etc. Aku cakap la yang aku akan stay kajang/subang seminggu lebih baru balik rumah, tunggu konvo Ida. Kejap je lapor diri tu, lepas tu pergi tunggu bas nak balik. Call kak long kat sekolah. Dia tengah depan kelas pun boleh angkat handset jugak heh. Janji dengan dia jumpa pukul 2:30 kat plaza metro kajang.

Sambil tunggu bas tu, sempat jugak borak dengan nyonya yang dok tunggu bas jugak. Hehe.. lama aku tak test skill ramah dengan orang baru jumpa tepi jalan. Kat sini aku tak beranilah, unless orang tu nampak macam dari malaysia, singapore or brunei. Lambat pulak bas ni. Tapi bas yang lalu sini memang tak banyak sangat. Sampai kat stesen KL, gi hantar payung, tapi abang hensem takde, pergi lunch agaknya. Frust jugak tak dapat cakap thanks personally. Masa dok nak beli tiket, komuter sampai, isk tak sempat nak kejar. Lambat pulak tu next train nak sampai. Nak buat camno, tunggu je lah.

Dah sampai kat kajang, berlari lah dari stesen komuter ke Plaza metro. Sampai-sampai tengok kak long dok borak ngan nyonya kat tepi ‘pasu’ besor tu. Bila dia nampak kami terus dia cakap kat nyonya tu “Ha.. tu pun dah sampai”. Hmm… anak-anak abah ramai yang permah ikut macam abah. Setakat yang dah besar ni, Abg Lan & Laili jek yang pendiam sikit. Berhugs ngan kak long pulak. Lepas tu kami gi makan kat Mc Donalds. Aku masa tu baru terasa jet lag heh. Beli Happy Meal untuk kanak-kanak kat rumah. Masa nak balik, kak long ternampak kawan dia. Selamat lima ringgit tak payah naik teksi.

Balik tu aku dok rileks-rileks je. Kenapa aku still ingat hari tu? hmm.. satu nya sebab first time pinjam payung dari orang yang tak di kenali. Keduanya, kali terakhir le aku balik sorang-sorang, as a single person. Lepas ni balik berdua pulak. Life would be different. Hmm.. I wonder…

Note : This event happens during my last summer hols in summer 2001

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *