Hobby, Sabah, Travels

Sabah Trip 2024 – Day 1

Day 1 – Jalan-jalan Kundasang

Bangun pagi kena awal sebab Sabah lagi timur dari Semenanjung jadi Subuh awal betul. Sebelum pukul 5 dah subuh, tapi kami bangun dalam 5 lebih dah.. lepas solat Subuh layan tengok sunrise dari tingkap bilik. Kat sini pun lawa dah sunrise even nampak sipi-sipi je. Lepas tu sambung tidur balik, penat travelling belum habis.

Bangun tidur second round tu, bancuh air & makan roti as breakfast. Lepas tu bersiap keluar nak jalan-jalan Kundasang. Aku suggest kat DH pergi Sosodikon Hill. Sebab pernah nampak orang share gambar kt situ cantik sangat nampak Gunung Kinabalu kat background.

Resort kami duduk ni sebelum sampai Kinabalu park & sudah tentu sebelum pekan Kundasang juga. Hari ni hari Ahad, jadi nampak ramai juga lah orang kat luar ni. Sampai pekan Kundasang, macam masih sama 8 tahun lepas. Dari pekan, jauh juga masuk ke dalam nak sampai ke Sosodikon Hill. Dah la jalan memang sempit & agak kurang elok juga. Semput Axia ni kat tempat mendaki. Even selekoh tajam kat bukit pun, tetaplah kena potong dengan 4WD sana. Diorang dah biasa jalan sini dah tahu kt mana nak memotong walaupun jalan sempit.

Walaupun jarak dari resort ke Sosodikon Hill dalam 12-13km je, rasa jauh betul. Lebih setengah jam nak sampai tu. Kawasan sini berbukit-bukit jadi parking pun limited. Kebetulan sampai ada lagi sikit kosong kt hujung-hujung. Jalan dalam 50m ke kaki bukit. Ada kaunter jual tiket entrance. RM5/entry untuk Malaysian. Bila beli tiket, akan dapat pass untuk di pakai. Masa turun ada orang kutip balik.

Aduhai, macam ni je bukit ni, pendek je nak sampai atas. Dalam 200m je gamaknya. Sebelum ni aku dok imagine macam ada la juga trail dalam 1-2km ke nak sampai. Rupanya bukit kecik je. Pandai tuan dia commercialkan sebab nampak latar belakang Gunung Kinabalu dengan jelas. Mula-mula mendaki steep juga lah. Laluan berbatu-batu sikit. Lepas tu agak rata. Kiri kanan laluan ada pokok-pokok renek & pokok-pokok bunga. Memang sangat lawa untuk bergambar.

Jalan tak sampai setengah jam dah sampai platform kat atas. Itupun banyak kali stop untuk bergambar. Kat platform agak ramai dah orang dok bergambar. So, kena tunggu turn juga lah. Sedap sejuk angin kat sini. View memang lah sangat cantik. Jadi tak kisah sangat menunggu tu. Cuma harapnya jangan sampai cuaca redup awan datang tutup view Gunung Kinabalu kan.

Memang sedia maklum, hari Ahad kan hari minggu. Itu yang ramai juga datang sini. Fuhh masing-masing punya posing tak boleh kalah weyh. Sampai turn kami, posing sekadarnya je, asalkan nampak background Gunung Kinabalu kt belakang. Bila dah selesai, terus jalan turun, dalam 10 minit je kot dah sampai bawah. Kat sini juga ada port ngopi kot ada siapa nak santai-santai sambil layan majestic view Gunung Kinabalu. Kami nak cepat je sebab dah agak lapar.

Gerak dari parking jalan one way turun sikit. Depan sana ada lagi bukit lain rupanya, tinggi sikit lagi cuma takdela pokok-pokok cantik kt situ. Still boleh nampak view Gunung Kinabalu dari sini. Kalau nak training lebih sesuai la kot sebab lagi panjang track & lagi tinggi. Sampai pekan Kundasang, cari parking untuk jalan-jalan cari kedai makan. Kami decide makan nasi ayam je lah. Tak ramai lagi orang sebab masih awal.

Rasanya food kt sini bukan selera kami, tapi habis juga kami makan. Jangan membazir, kan. Lepas lunch jalan-jalan area pasar situ, masuk juga kedai runcit. Beli kudap-kudap sikit, lepas tu balik rehat kt bilik.

Petang tu kami ke Kinabalu Park. Saja nak bertanyakan kot ada slot mendaki esoknya. Slot walk-in je kami nak ni. Alhamdulillah orang-orang kat kaunter baik belaka. Diorang suruh datang balik esoknya, most probably akan ada. Tapi kena tunggu no show dari yang booking awal lah. DH pun terus register slot training. Siapa register Kinabalu Climbathon, boleh training hari-hari kat sini, cuma bayar insurance je. Tapi boleh naik sampai Panalaban/Laban Rata sahaja. Slot training pun ada bib juga, nanti staff Kinabalu Park akan check juga, takut ada yang naik illegally kan.

Balik bilik rest sekejap sebelum keluar balik. Malam dah sejuuukk kat sini. Makan kat kedai depan resort ni je, dekat sangat. Order nasi goreng, bila sampai tu dia penuh pinggan besar. Konon mula-mula takut tak habis, habis je. Sejuk agaknya, lapat lebih sikit. Lepas tu balik bilik packing barang untuk hiking esoknya. Letak barang-barang dalam duffel beg je untuk bagi porter bawa. Aku nak pakai hydration beg je. Tidur awal, sebab nak cukup rest untuk hiking esoknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *