Gunung Kinabalu Part 1 – The climb up to Panalaban
Esoknya dengan penuh semangat, pagi-pagi lagi dah pergi Kinabalu Park. Petugas pun ada yang baru mula sampai, kami dah terpacak kat situ. Masa tu belum pukul 8 am lagi. Officer kat park tu kata kena tunggu kalau ada no show atau cancellations slot hari ni baru dia panggil.
Since memang rasa agak lambat ni kalau dapat slot, DH pergi pejabat renjer je terus untuk register for training. Dapat bib for training. DH terus je lah pergi training, lari atau jalan je ke Timpohon gate.
Dah lebih 8:30 am barulah officer datang bagitau ada slot. So terus je uruskan pembayaran permit, hostel, insurance. Guide just for me, diorang carikan guide perempuan juga. So bayar macam extra lah sebab sebenarnya ration guide 1 untuk 5 pendaki. Takpe senang sikit dia takde jaga orang lain, focus aku je. Bayar juga untuk transport dari HQ ke Timpohon gate.
Bila jumpa guide aku terus la inform, ada beg untuk porter bawa juga. Dia keluar cari kot ada sesiapa nak bawakan. Semua dah ada load masing-masing, so malas nak tambah dah. Last sekali guide R (GR) kata dia boleh bawakan je. Beg tu duffel bag biasa je, so dia buat macam beg sandang je dua tali pendek tu kt bahu. Dia kata takpe, dia dah biasa. Lega settle satu hal.

Lepas tu GR bawa aku ke van. Since kami berdua je, sangat senang nak menyelit dalam van yang dah nak gerak ke Timpohon Gate. Lagipun since walk in memang tunggu cancellations, kami berdua antara yang lambat start hiking hari ni. Alhamdulillah semua urusan mudah je, lepas sikit pukul 9 pagi, dah sampai Timpohon Gate.
GR sign list checkpoint untuk confirmkan hiker yang register dah sampai. Ada mini kedai kat sini, singgah beli pau. Sebab pergi sendiri, no lunch pack provided, so bekal roti, coklat & buah yang ada tu je lah.

Pendakian bermula dengan turun tangga tinggi juga dekat gate tu. Sebab tengah excited, tak register dalam kepala ketinggian tangga ni. Lepas tu jalan trail berbatu kerikil sikit. Sekeliling memang hutan agak tebal. Actually takde research betul-betul trail macammana nak naik G. Kinabalu ni, so redah je lah. First km ni best, sebab masih hutan belantara, ada lalu tepi air terjun/Jeram juga. Aku memang sukalah dengar bunyi air mengalir ni.
Sambil syok layan perasaan, dah sampai pondok pertama – Pondok Kandis. Rupanya tak sampai 1km pun, tapi stoplah juga sebab taktahu yang mendatang macammana. Rest 5 mins sambil absorb suasana hutan. Agak lain dari hutan di semenanjung, rasa hutan sini lebih ‘basah’ & fresh. Kena datang tengok sendiri sebab tak reti nak describe.

Setiap pondok ni memanglah ada pondok untuk berteduh kan, ada juga functional toilet. Aku siap check toilet, the toilet is adequate for use. Senang la kan, biasa hiking masuk hutan mana ada jumpa toilet. Semuanya semulajadi. Ramai juga yang stop kat sini, almost 10 orang. Stop 5 minit je lepas tu jalan balik. Lepas tu dalam 10-15 mins dah jumpa pondok kedua – Pondok Ubah. Tak stop pun sebab dekat sangat. Tak ramai pun kat sini, maybe yang tak stop kat pondok 1.
Dalam 10:30 am sampai pondok ketiga – Pondok Lowii. Baru 2.3km dari start. Kat sini stop makan pau tadi. Lama la sikit 10 minit berhenti. GR memang follow je ikut aku nak stop berapa lama, jalan laju ke slow dia follow je. Masa ni laluan dah start bertangga sikit-sikit. Jalan 2 minit jumpa tangga. Tapi bearable je tangga kt sini.

Dari pondok 3 ke pondok 4, dah makin slow berjalan. Semakin high altitude, semakin cepat letih. Agaknya oxygen pun dah berkurang sikit kan. Dah rasa makin lambat pergerakan ke next pondok. Dekat 11:30 am baru sampai pondok 4 – Pondok Mempening. Dah termengah kan, kita stop 10 minit juga. Stop toilet juga sebab dijangkakan next pondok ramai orang.
Lepas tu makin lah slow jalan, sejam lebih dalam 12:40 pm barulah sampai pondok 5 – Pondok Layang-layang. Kat sini ramai sangat orang. Sebab both pandaki tengah naik & yang tengah turun stop makan kt sini. Pondok pun ada dua untuk berteduh. Boleh pula kat sini jumpa budak NOC yang kenal masa kat NOC CBJ dulu. Dia pun terkejut jumpa sini. Dia offer pisang, ambiklah sebiji buat alas perut. Lepas tu jumpa DH pulak dia tengah turun dah dari training. Bergambar & sembang sikit, dia terus turun. Kat sini stop 15 minit macam tu, makan roti jugak kt sini sambil layan perasaan.

Badan & kaki dah makin letih, udara pun makin nipis, lagi lah slow berjalan…. Tak lama lepas pondok 5, jumpa laluan lama yang sekarang ni tutup. Rasanya tutup sejak gempa bumi tahun 2015 dulu. Depan tu sikit, ada bangunan baru tengah construction. GR kata tengah nak buat lodge baru. Hebat diorang ni, porter lah yang bawa naik segala keperluan & kelengkapan construction site ni.

Jarak tak sampai 1 km ke pondok 6 – Pondok Villosa, sampai situ dalam pukul 1:20 pm. Kat sini dah mula pokok-pokok renek sahaja yang tumbuh. Jadi dah boleh nampak peak masa takde kabus. Unfortunately, hari redup & kejap tu hujan rintik-rintik. Aku mula pakai wind breaker kat sini. Kat sini rasa berat betul kaki melangkah. Jumpa orang lebih kurang sama je dah. Gilir-gilir potong bila masing-masing stop rehat. Dengan confidentnya salah sorang tu kata, dekat je dah ni, before 2 pm dah boleh sampai. Berangan je laaaaa…

Kalau ikut info, jarak pondok 6 ke pondok 7, 600m je. Rasa jauh sebab sangat slowwww jalan. Kat sini memang semakin kerdil pokok-pokoknya. Laluan berbatu. Setengah tempat bahaya juga ebab batu licin. Kena tengok betul nak pijap kt mana. Nampak luas mata memandang sebab takde halangan pokok. Kalau angin datang, agak sejuk juga. Banyak kali juga stop 10-20 saat ambik nyawa. Dekat pukul 2 baru sampai Pondok Paka. Cuaca dah cerah balik, so ambik simpan balik windbreaker tadi. Hujung tu kaki dah sangat berat, memang tak sabar nak sampai bilik. Lepas tu sayup nampak bangunan. Wah happy & tak sabarnya nak rehatttt..

Sekali sampai situ tengok, bangunan kosong. Dia macam terpisah dari buildings lain kat Panalaban tu. Office renjer katanya & dulu ada renjer jaga situ. Tapi tak convenient sebab jauh dari kemudahan lain. So kosong je lah situ. Maybe sekali sekala ada la jugak dorang guna. Aduh kecewa betul, kena menapak lagi dalam 100 meter yang terasa lebih dari 1km. Bila sampai, terus la GR report kata sampai, renjer bertugas tick nama & bagitau kat mana bilik. Masa tu dalam 2:45 pm. Teruk juga kan, dari pondok 7, 700m je dekat sejam baru sampai Panalaban. Aku duduk kat Lemaing hostel. Ada katil double decker dalam 16 katil kot. Masa tu takde orang so aku boleh pilih nak duduk mana.

Leave a Reply