Gunung Tahan Trip 10-13 May 2018 – Originally posted in my Facebook
Day 0 : 9 May 2018
Hari yang bersejarah, 9 May 2018 merupakan hari Pilihanraya Umum yang ke-14. Kebetulan bertugas standby di bilik gerakan TM dari 10 malam 8 May hingga 8:30 pagi 9 May. Takde apa-apa kejadian pun masa standby, tenang je. Pukul 8:30 tu DH datang ambik, kami terus pergi Pusat mengundi. Tengok orang sangat ramai, parking pun sampai dekat 1km dari sekolah dah. So kami decide balik rumah rehat dulu baru pergi balik. Sempat la tidur sekejap; dah mengantuk sangat satu malam berjaga standby. Tapi kat rumah tu ada boys dok bising bukan boleh nak tidur lama pun ?
Dekat pukul 11 pagi dah bangun, sambung packing sikit untuk trip Tahan & listkan apa lagi yang belum pack. Lepas tu tanak nasi untuk lunch terus pergi pusat mengundi balik. Alhamdulillah orang dah kurang ramai so queue kurang dari sejam. Lepas menunaikan tanggungjawap sebagai warganegara, kami pergi ke Restoran Hanna untuk tapau lauk lunch. Lepas lunch & solat Zohor, pergi salon pula untuk gunting rambut. Kebetulan ada diskaun 50% untuk orang mengundi, DH pun potong rambut kat situ juga. Boys je takde diskaun.
Balik rumah dah Asar, sambung packing & letak barang dalam kereta. Makan nasi lagi dengan boys & terus kemas dapur. Lepas tu macam-macam dok ulang pesanan kat boys. Nervous juga nak tinggal diorang 4 hari 4 malam ni. Sebelum ni pernah tinggal 1 malam je, itupun weekend. Pukul 6+ DH hantar boys ke rumah PIL. Malam nanti diorang akan balik rumah balik dengan PIL sebab suppose esoknya sekolah. Uniform & beg pun dah ready untuk dua hari – Khamis & Jumaat.
Dalam pukul 7 lebih kami bertolak ke Karat Adventure yang terletak di Pandan Indah. Janji nak jumpa guide kami Abg Olan kat sana. Dalam pukul 8 kami sampai di Karat Adv. Sempat jumpa kak Aishah dan bersembang sikit pasal hiking dengan dia. Kak Aishah wife Uncle Rashid; diorang dua-dua otai dalam hiking & camping ni. Rupanya first overnight trip kak Aishah pun Gunung Tahan juga. Macam-macam advice dapat dari kak Aishah. TQVM Kak! Food ration untuk trip ni pun kak Aishah yang prepare. Alhamdulillah, sedap semuanya.
Tak lama lepas tu Abg Olan sampai. Lepas berbasa basi sekejap, kami angkut barang-barang common company masuk kereta. Termasuklah ration, peralatan masak, fly, ground etc. Banyak juga barang sampaikan set periuk belanga kena letak dekat seat belakang. Tapi since aku sorang je duduk belakang, ok je. Kami bertolak dari Karat Adv dalam pukul 8:45 pm. Dah set rendezvous dengan 2 lagi kereta di Petronas Karak Highway.
Sampai Petronas, kereta lain belum sampai. Terus stop solat kat situ. Bila settle, tengok satu kereta je dah sampai (Zahrin). So kami pun bersembang sambil menunggu. Semua orang pun baru nak berkenalan dengan Abg Olan, guide kami ni. Bila kereta lagi satu(Suhar) sampai, bagi diorang take 5 & kami pun bertolak ke Merapoh. Aku biar je DH & Abg Olan bersembang kat depan. Khusyuk tengok live PRU14 results online. Banyak juga sembang pasal politik. Semua suspen tunggu results. Lalu pecan Bentong, meriah kat townhall. Macam ada pesta. Polis pun ramai.
Bila dah tak tahan rasa nak tengok news kat TV juga, kami stop dekat restoran mamak kat Raub. Masa ni dalam pukul 11+. Sempat la juga makan mee goreng mamak sambil tengok news. Semua suspen sebab full results belum keluar. Bila dah lepas midnite tapi results belum keluar juga, kami bergerak kembali ke Merapoh. Takkan nak tunggu sampai 2-3 pagi. Best je duduk belakang, boleh tidur ??
Sampai kat Merapoh dah 2+ pagi. Kami berhenti rehat di Masjid. Lepas basuh muka gosok gigi semua, bukan terus tido, dok layan internet lagi tunggu results. Bila dah pukul 3:30 belum ada full results, aku tido lah, tak larat dah nak tunggu.
Gambar sebagai teaser sahaja 🙂
Leave a Reply