Points to ponder, Thoughts

Solitude

noun : the situation of being alone, often by choice (definition from Cambridge Dictionary)

Since I was a small kid, I have never minded being alone. Masa kecik kadang-kadang kena tinggal bila Ma Abah pergi visit abang-abang. Maklumlah, naik motor je jadi bahaya pula kalua bawa ramai-ramai kan. Adik Ai kecik lagi so dial ah selalu kena bawa. Biasanya aku pesen tidur tengahari/petang lepas makan. Masa tu lah bangun-bangun diorang dah takde. Jadi macam biasa je kena tinggal sorang-sorang.

Masa sekolah rendah, ramai kawan tapi takde yang betul-betul rapat. Bila masuk sekolah menengah, pergi sekolah yang agak jauh dari rumah, 15km. Takde pula kawan dari sekolah rendah kecuali sorang, itupun di akelas lain. Jadi sementara nak warm-up dapat kawan baru tu, selalulah sorang-sorang juga. Masuk menengah atas, dapat sekolah asrama yang 500km dari rumah pula. Situasi sama berulang, takde kawan sekelas & se-dorm dari sekolah lama. Alhamdulillah for nice people from both schools. Diorang lah kena approach dulu, baru lah aku boleh warm-up berkawan. Thank youuu semua kawan-kawan SMUA Saniah & KISAS.

Dari pengalaman duduk asrama lah, aku pandai sikit jadi extrovert by choice. Itupun boleh sekejap-sekejap je, penat. Lepas SPM, dapat offer biasiswa TM. Pun sama macam sebelum ni, tiada orang yang dah kenal. Terpaksa jadi extrovert sikit nak berkawan. Alhamdulillah mostly sangat baik, senang jadi geng. Rasanya period zaman start masuk kursus induksi TM, English course & Sunway College paling happening dalam hidup. I did write about this in the previous website. Nanti lah kita korek lagi khazanah lama share kt sini ya.

Segalanya berubah bila sambung study kat France. Dah la pergi north pada bulan October, cuaca pun bleak je manjang. Takde best friend, kawan perempuan ada sorang je. Tu pun nasib baik lah ada sorang ni, idok la kena bercakap dengan dinding kan. Masa kat Bethune, kami berlapan dan sentiasa kelas sekali. Tapi bila pindah Tours, kami berdua je. Alhamdulillah jumpa seniors juga kat Tours. Jadi agak meriah. Berubah balik bila pindah Rouen sebab mostly seniors dah balik dah habis belajar. Serumah dengan Yan, tapi kelas semua lain-lain.

Masa kat Tours, discover kedai buku second hand yang ada juga English section. Masa ni start beli satu dua novel sebulan. Beli lebih kalau jumpa novel favorite authors, masa tu Agatha Christie & Stephen King. So biasanya kalua sorang-sorang pun tak kisah, takde rasa lonely pun, tenggelam dalam cerita buku. Bila kat Rouen pun ada kedai sama jenis. Makin galak beli novel. Kadang-kadang kalau pergi Paris, beli novel baru bukan second hand. Masa tu FNAC Paris ada jual novel English.

Masa hujung kat Tours, ada industrial training. Masa tu buat kat ST Microelectronics Lab. Jauh dari town centre jadi kena ambil monthly pass untuk naik bas. Fuh masa ni lagi la panjang langkah. Masa weekend, selalu la aku explore naik je mana-mana bus sampai hujung route. Memang syok melayan perasaan. Bila pindah Rouen memang duduk jauh dari campus. Jadi masih teruskan aktiviti explore Rouen tu. Dari situ lah discover ada flea market, farm’s market etc. Best je sorang-sorang pun. Tengok movie sorang-sorang pun pernah. Makan sorang-sorang kat luar tu pun biasa. Takde rasa apa yang pelik pun buat apa-apa aktiviti sendirian. Malah, rasa lebih enjoy pun ya.

So now, my kids semua dah besar. Sulung kat Uni, both boys at boarding school. The youngest started early this year. Most of the time, there’s only two of us at home. Jadi adalah kawan-kawan tanya, tak sunyi ke? Eh, tak langsung. I enjoy my solitude, time to think & reflects. Even though they’re my world and I would do anything for them, they’re not my whole universe. There is a space for just the two of  us & also some space for me and me alone. I get to enjoy things I love without the burden of considering others.

Though I do not condone being with people. Being in the company of the right people is also gratifying. Especially with people who have the same wavelength. So that we can freely discuss our mind & be sincere. But of course, for an introvert like me, there’s a limit of social engagement I can tolerate. Nowadays, malam-malam either layan movie (maybe once per week), baca novel (3 to 4 times per week) or jalan-jalan sembang dengan DH.  Social connection boleh dapat je thru social media, so I don’t think that I miss anything much being alone or being just the two of us.

What say you?

[Bonus pic – Interlaken winter 1999]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *