Gunung Tahan, Hiking, Hobby

Gunung Tahan Trip 2018 – Day 1

[Gunung Tahan Trip 10-13 May 2018] – Originally posted in my Facebook

Day 1 : 10 May 2018 – Kuala Juram to Kem Kor

Pukul 5 pagi dah bangun dengan news PH take over pemerintahan Malaysia. Dan dah ada news declare public holidays 2 hari, Khamis & Jumaat. Terus DH call MIL nak inform. Lega sekolah cuti jadi taklah risau urusan sekolah, transport, transit dua hero ni. Aku ni dah dua hari berturut tak cukup tido, mula2 sebab kerja, lepas tu sebab tunggu results PRU14. Semoga tak tertido di tengah track. Solat Subuh kat masjid lepas settle mandi, tukar baju untuk hiking terus sekali. Makcik-makcik tua je ada berjemaah. Hairan diorang tengok aku sorang je.

Lepas kemas-kemas balik barang-barang, kami bergerak ke jalan besar Merapoh untuk breakfast. Makan nasi berlauk ikan. Sedap !! Memang ramai pun orang kat kedai ni, meja penuh. Kalau yang tapau tu, sorang 5,6 bungkus. Kami tapau sekali air nescafe tarik letak dalam thermos untuk bawa hiking. Abg Olan tapau kan semua orang nasi berlauk untuk lunch kami nanti. Lepas tu kami ke stesen minyak sebab nak beli air botol untuk bekal. Then terus ke Perhilitan Office Sungai Relau.

Dalam pukul 8:30 am kami dah kat Sg Relau. Semua orang bawa keluar barang-barang, asingkan & tinggal dalam kereta mana yang tak perlu bawa. Kami letak je semua barang tu kat depan pejabat Perhilitan. A. Olan bahagikan ration, fly, ground etc untuk semua orang bawa. Aku bawa 2 kg beras, 2 gas canister & lupa dah apa lagi satu barang. Pukul 9 lebih start declare barang. Sorang-sorang kena kira setiap helai pakaian, setiap helai plastic including wrapper gula-gula & coklat. Botol pun semua kena kira. Agak lama juga sebab sorang je officer Perhilitan yang kira & note untuk semua orang. Bila dah settle, officer yang lain pula bagi taklimat, on rules & regulations for our own safety & comfort. Habis taklimat, kami semua bergambar kenangan depan Perhilitan office. Lepas tu berkenalan juga dengan guide official dari Perhilitan, Abg Man.

 

Dalam pukul 10:20 pagi, kami menaiki 2 buah 4xWD menuju ke Kuala Juram. As the only lady participant, dapat special treatment dok kt depan sebelah driver. Asyik tengok hutan rimba, sampai satu tempat, nampak kesan gajah lalu yang masih fresh. Habis clear semak kena rempuh dengan gajah. Memang nampak jelas lah laluan gajah; fresh lagi kesan rempuhan gajah tu. Jam 10:40 am, jumpa pula pokok tumbang merentangi jalan. Jadi terpaksalah drivers & our team alihkan pokok untuk meneruskan perjalanan. Drivers memang ada bawa gergaji letrik so diorang potong batang bokok & ramai-ramai alihkan. Aku jadi tukang tengok je la ?

Lama juga kerja-kerja pengalihan pokok tu, pukul 11:05 baru kami teruskan perjalanan & tiba di Kuala Juram pukul 11:15 am. Kami berehat dulu sekejap sambil meninjau sekeliling. Ada kelah sanctuary kat sini. Banyak sangat ikan kelah tapi dilarang untuk ditangkap. Aku last toilet break kt sini sebab ada facilities lagi. Sini ada toilet, dewan makan kecik, surau & chalets. Tapi Chalet masih tutup since banjir besar 2014 sebab banyak yang rosak. Zahrin terus buka bekalan lunch makan kat situ. Dia malas nak bawa food masuk dalam hutan.

Dalam pukul 11:50 kami memulakan perjalanan kami untuk mendaki Gunung Tahan, gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia. Excited but nervous at the same time. Tak pernah lagi hiking bermalam bawa backpack yang besar dah berat macam ni. Anggaran berat beg aku bawa 12-13kg. Kami berdua jalan didepan. Trail masih senang sebab belum lagi pendakian yang tinggi. Awal-awal dengar juga suara team belakang bising bergurau senda dalam hutan. Lepas setengah jam, tak dengar dah sebab kami dah jauh sikit. DH bukan bebetul jalan sebelah pun, dia shoot depan, bila dah tak nampak bayang aku baru dia slow, bila aku dah dekat dia shoot balik. Takde can nak stop lelama. Tapi kalau pacat hinggap, aku jerit la panggil tolong cabut pacat. Hutan tebal & basah sebab kami kat area sungai. Perlu lintas 4 sungai besar baru sampai kem pertama, Kem Kuala Luis (tepi sungai ke-4). Total pacat hinggap dalam 10 ekor, 7 yang besar, 3 yang kecik.

Pukul 1:20 kami sampai Kuala Luis. Kami stop lunch. 10 minit lepas tu the rest kecuali Ramdzan & A. Olan guide sampai. Masa tu kami berdua dah nak habis makan dah. Ramdzan & A. Olan sampai 15-20 minit lepas diorang. A. Man solat Zohor kt sini; dia local tak boleh jamak. Bila semua dah ada baru kami siap-siap nak sambung jalan. Tanya A. Man guide boleh ke kami terus shoot ke Lata Luis, A. Man kata pergi Kem Kor terus pun takpe; diorang ni lambat. Kami mula jalan balik pukul 1:50 & sampai di Lata Luis pukul 3:25 pm. Slow sikit stretch ni sebab dah mula mendaki. Aku kalau banyak elevation gain ni mula la lemah kaki. Certain tempat memang agak susah bila kaki pendek. Tak sampai nak reach step seterusnya kena lonjak. Kami stop 5 minit je kat Lata Luis dan masih takde bayang orang lain. So kami decide proceed terus je ke Kem Kor.

Kami sampai di Kem Kor pada pukul 4:50 pm. 5 minit lepas tu A. Man sampai & A. Olan pun sampai tak lama lepas A. Man. DH terus setup tent kami. Bawa personal tent untuk kami berdua je, tqvm DH sanggup bawa extra load sebab ni. Aku mula buka beg cari baju & towel. Sementara orang lain belum sampai lagi syok berendam. Guides set fly & ground untuk diaorang agak jauh dari kami. Boleh pilih tempat sebab Kem Kor kami yang punya. Takde team lain sebab semua busy election baru semalam kan. DH kata tak pernah lagi dia sampai sini, Kem Kor kosong macam ni sekali. This is his fourth time up Gunung Tahan.

 

Lepas seronok berendam & tukar baju, baru teringat nak bergambar kat signboard Kem Kor. Maka bergambarlah dengan pakai kain batik kekeke.. Lepas tu aku rehat dalam khemah je. DH layan guides bersembang sekejap. Pukul 6:10 pm the rest except Ramdzan & Suha sampai. Suha temankan Ramdzan yang dah letih kat belakang. Dah pukul 7:10 pm baru diorang sampai. Baru boleh set fly & ground sebab fly dua-dua ada dengan Ramdzan & Suha. Masa tu hujan renyai-renyai so agak leceh la nak pasang tu. Aku tengah pejam mata dalam khemah kami hihi. Bila bising-bising kat luar tu, dengar jugalah. Ada peristiwa kelakar juga nak pasang khemah ni. Biarlah menjadi kenangan.

 

Lepas diorg settle, semua rehat-rehat je. Kami dinner nasi lauk ayam masak merah. Special treatment untuk the only lady in the group, dapat duduk makan kat fly guides. Dinner lengkap lauk protein & sayur. Food trip ni memang best. Taklah makan megi, sadin, sambal bilis ke biskut kering je. Minum teh O panas masa camping memang terbaik. Best malam tidur lena dibuai deruan air sungai Kem Kor.

2 Comments

  1. Hi Nani!!! Welcome back !!! Thanks for sharing this with me! 🙂 Best nya ada domain nama sendiri!!!! Yeayyyy

    1. Thank youu SL. Welcome to my space!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *